“Keluarga Saya Dan Keluarga Haris Kini Sedang Mencari Titik Penyelesaian” – Neelofa

Hiburan

“Keluarga Saya Dan Keluarga Haris Kini Sedang Mencari Titik Penyelesaian” – Neelofa

Selepas kecoh kelmarin di mana hubungan Neelofa dan PU Riz dikatakan sedang berantakan, hari ini wanita itu mengeluarkan kenyataan bagi menjawab segala persoalan netizen.

kenyataan neelofa

Advertisement

Antara tuduhan yang dijawab oleh usahawan wanita itu ialah mengenai khabar angin kononnya dia terkena perbuatan minyak pengasih.

Jelas Neelofa, ia merupakan tuduhan yang sangat berat dan langsung tidak sahih. Malah dia memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan baik selain meminta semua terus mendoakan kesihatannya.

Selain itu, Neelofa turut memberikan kenyataan mengenai tuduhan mengatakan bahawa dia mengeluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada PU Riz. Tidak bercerita panjang, namun wanita itu bertegas dalam menafikan khabar angin tersebut.

Malah wanita itu juga tidak lupa untuk menyangkal berita yang mengatakan bahawa dia sudah pun bernikah di Kelantan bersama PU Riz dan bersaksikan bapanya sendiri.

Tambah Neelofa lagi, tidak manis baginya untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang membelakangkan keluarganya. Malah menjelaskan bahawa keluarganya dan keluarga PU Riz kini sedang berbincang untuk mencapai jalan penyelesaian yang terbaik.

Akhir kata, Neelofa memohon semua pihak untuk memberikan kerjasama selain menyediakan ruang sewajarnya buatnya. Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih terhadap segala sokongan yang diberikan.

Selain daripada kenyataan bertulis ini, Neelofa turut memberikan penjelasan mengenai isu ini di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Neelofa dan PU Riz.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...