Keluarga kepada penyanyi dikir barat yang berasal dari Kelantan yang kini ditahan reman di Penjara Narathiwat, Thailand menafikan mereka akan menjual tanah dan rumah demi menanggung kos guaman yang dipercayai mencecah sehingga RM1.3 juta.
Ahli keluarga terdekat berkata mereka tidak pernah terfikir untuk menjual harta dan mendapatkan khidmat guaman yang mencecah jutaan ringgit itu.
Memetik dari Harian Metro, ahli keluarga merasakan belum tiba masanya buat mereka untuk mendapatkan khidmat peguam selepas ‘terkejut’ mendengar kos yang ditawarkan.
Saya ingin menafikan laporan berita yang mengatakan keluarga kami sanggup menjual tanah dan rumah semata-mata untuk kos guaman di Thailand.
Kami tiada rancangan lagi hendak ambil khidmat guaman sebab kami merasakan belum tiba lagi masanya.