Keluarga Nora Quorin Tawar Ganjaran RM50,000 Kepada Pemberi Maklumat

Trending

Keluarga Nora Quorin Tawar Ganjaran RM50,000 Kepada Pemberi Maklumat

Sudah seminggu remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dilaporkan hilang semasa bercuti bersama keluarganya dan masih belum ditemui.

Sekarang keluarga remaja Ireland, Nora Anne yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di sini sejak 4 Ogos lalu menawarkan ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat memberi maklumat sehingga gadis tersebut ditemui.


Dipetik dari Kosmo, ibu Nora Anne, Maebh Jaseprine Quorin, 46, berkata, wang ganjaran itu adalah sumbangan daripada beberapa perniagaan yang berpangkalan di Belfast, Ireland.

Menurut beliau, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian hotline polis di talian 0111-2285058 atau emel kepada [email protected] dari luar Malaysia.

Nora Anne adalah anak pertama kami. Dia sangat berharga pada kami. Kami memohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Nora Anne membantu kami mencarinya.

Pihak polis sedang bekerja gigih mencari Nora Anne. Bagi membantu pencarian mereka, kami menawarkan ganjaran RM50,000 untuk apa jua maklumat yang dapat membantu kami mencari Nora Anne.

Nora Anne sudah hilang selama seminggu.

Dalam perkembangan lain, pasukan polis dari England, Ireland dan Perancis membantu polis Malaysia melakukan siasatan berhubung kehilangan Nora Anne Quoirin.

Pencarian memfokuskan kepada kawasan Gunung Berembun selain mengekalkan pencarian di enam kilometer persegi dari tempat penginapan mangsa sekeluarga.

 

Jika anda atau sesiapa yang ingin membantu penyiasatan ini, hubungi 011-12285058 or e-mail [email protected]

 

Sumber: Kosmo

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...