Keluarga Merestui Hubungan Saya & Romie – Hanez Suraya

Hiburan

Keluarga Merestui Hubungan Saya & Romie – Hanez Suraya

Ya, ya, ya. Abang Nara tahu anda bosan dengan kisah Hanez Suraya. Namun nak buat macam mana, kontroversi yang melanda dirinya bukan sahaja menarik untuk dibaca, tetapi juga amat sesuai untuk dijadikan pengajaran buat kita. Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya mengapakah Hanez masih meneruskan hubungan dengan Romie walaupun mendapat pelbagai tentangan. Rupa-rupanya hubungan mereka direstui oleh keluarga.

hanez suraya dan romie

Advertisement

Bagi Abang Nara, pastinya keluarga Hanez Suraya memberikan restu kerana mereka mengetahui sesuatu yang kita sebagai orang awam tidak tahu. Mungkin ada rahsia besar di sebalik kontroversi ini. Kata Hanez Suraya kepada Utusan Malaysia apabila ditanya mengenai komen keluarganya tentang percintaannya dengan Romie:-

Keluarga tidak ada masalah. Sejak daripada awal lagi mereka sudah tahu dan merestui hubungan saya dan Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini.

Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting. Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain. Bukan mereka di luar sana yang memberi saya makan dan berada di sisi tatkala saya susah. Tetapi keluarga tetap bersama-sama. Pada saya, selagi keluarga menyokong segala tindakan, saya akan dengar kata mereka.

Ya, kami masih bersama. Kami masih meneruskan hubungan dan bahagia. Cuma sekarang ini saya lebih senang untuk berdiam diri. Biar segala kekecohan tenang.

hanez dan romie

Keluarga pun dah restu maka memang sesuai sangat untuk Hanez dan Romie membuat persediaan ke alam perkahwinan. Mungkin selepas kes penceraian antara Romie dan Liyana Manan selesai, majlis pernikahan boleh dilakukan terlebih dahulu. Buat perkara yang wajib dulu. Majlis sanding lepas-lepas itu pun boleh. Apa pun, semoga kebahagiaan akhirnya akan menjadi milik Hanez dan Romie.

P.S: Pandu uji kereta di KIA Road Show dan berpeluang tonton Piala Dunia di Brazil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...