Keluarga Larang Pun Tetap Nak Kahwin, Sharifah Sakinah Tak Sabar Nak Dirikan Rumah Tangga Bersama Kekasih

Hiburan

Keluarga Larang Pun Tetap Nak Kahwin, Sharifah Sakinah Tak Sabar Nak Dirikan Rumah Tangga Bersama Kekasih

Pelakon yang sinonim dengan watak ‘gila-gila’ Sharifah Sakinah kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka mat saleh dan telah pun mengumumkan akan menamatkan zaman jandanya dengan Michael Hansen pada 28 Mei tahun hadapan.

Sharifah Sakinah Dan Michael
Menerusi  program hiburan Melodi TV3 pada Ahad lalu, Sakinah telah mengesahkan perkara tersebut namun dia kini masih dalam perancangan sama ada majlis perkahwinannya itu bakal diadakan di Kuala Lumpur ataupun di Sweden memandangkan halangan COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Advertisement

Ketika diminta untuk mengulas penerimaan kedua belah pihak keluarga, Sakinah sambil berseloroh berkata bahawa dia tetap akan berkahwin walaupun ahli keluarga tidak merestui dan menghalang perhubungan antara dia dan Michael. Namun begitu, dia merasa sangat bersyukur kerana kedua-dua belah pihak menyokong segala keputusan hidupnya terutama dalam soal perhubungan dan teman hidup.

Sahrifah Sakinah Dan Michael

“Sekarang ni kita bukan kahwin dengan keluarga dia, dia pun tak kahwin dengan keluarga saya, kalau keluarga saya cakap tak boleh, kita tetap akan kahwin. Sebab kita orang dah besar, masing-masing dah 31 dan 41 tahun. Alhamdullilah, keluarga saya okay dan keluarga dia pun okay.”

Meskipun berbeza adat dan budaya, Sakinah berkata, untuk perkahwinan kali keduanya itu, dia tidak mengimpikan majlis secara besar-besaran namun hanya ingin mengadakannya secara sederhana sahaja. Yang penting buatnya kali ini adalah majlis akad nikah sebagai acara utama dalam perjalanan menghalalkan mereka sebagai suami isteri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...