Keluarga Korban Harta, Kumpul Dana Selamatkan Tebusan

Trending

Keluarga Korban Harta, Kumpul Dana Selamatkan Tebusan

culik_sabah_ringgit_600Ahli keluarga terpaksa menjual harta benda untuk mengumpul dana bagi menyelamatkan empat tebusan Malaysia yang masih dalam tahanan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Satu rakaman perbualan telefon antara seorang tebusan dan bapanya, pada minggu lalu, kini tersebar di Facebook dan WhatsApp.

Advertisement

The Star Online melaporkan, Wong Chie Ming, 55, mengesahkan beliau dihubungi anaknya, Teck Kang, 31, buat kali keempat pada 18 April lalu.

Beliau berkata, mereka diberikan masa sehingga akhir bulan ini untuk mengumpul RM30 juta, berbanding RM42 juta yang ditetapkan sebelum ini.

Memetik laporan FMT, setakat ini, kata Chie Ming, mereka telah mengumpul RM4 juta, separuh daripadanya adalah hasil jualan tiga rumah, termasuk rumah milik anaknya.

Dalam rakaman itu, suara Teck Kang terketar-ketar sambil memberitahu bapanya mereka berada dalam keadaan baik, tetapi “jika gagal mendapat wang itu, mereka akan pancung kami semua.”

Mengenai kedudukan mereka kini, Teck Kang berkata, mereka sering dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain bagi mengelakkan dikesan tentera Filipina.

Rakaman suara selama tiga minit itu berakhir dengan lelaki itu berulang kali meminta nombor telefon penculik, bagi memudahkan beliau berunding dengan mereka.

Beliau turut memberi jaminan akan melakukan apa yang mampu untuk membawa mereka pulang ke rumah.

Teck Kang bersama adiknya, Teck Chii, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan seorang lagi rakyat Sarawak, Wong Hung Sing, 34 diculik daripada sebuah kapal tunda, MV MASSIVE 6, di perairan berdekatan Pulau Ligitan, pada 1 April lalu.

Ketika kejadian, kapal itu dalam perjalanan pulang dari Filipina ke Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...