“Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai Dengan Takdir” – Abby Abadi Kongsi Momen Bersama Aslam Dan Marissa Raih Pujian Netizen

Hiburan

“Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai Dengan Takdir” – Abby Abadi Kongsi Momen Bersama Aslam Dan Marissa Raih Pujian Netizen

Baru-baru ini, pelakon Abby Abadi berkongsi momen istimewa bersama anak-anak dan juga menantu, Aslam di sebuah restoran steamboat.

Dalam video tersebut, kelihatan Abby dan keluarga bersama Memey dan anak-anaknya sedang menjamu selera bersama-sama.

Advertisement

Apa yang mencuri tumpuan adalah kehadiran menantu Abby, Aslam bersama anak perempuannya iaitu Marissa Dania Hakim.

Tulis Abby di hantaran itu, dia berasa syukur kerana masih diberi peluang untuk mengatasi ujian-ujian hidup yang Allah hadirkan untuk dirinya.

Bukan untuk menang, kalah. Tapi tentang bagaimana mengatasi ujian-ujian yang Allah hadirkan agar kasih sayang kerananya takkan terus terpadam.

Alhamdullilah, masih ada kesempatan. Terima kasih Allah untuk segalanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji keluarga ini yang kekal erat meskipun pelbagai rintangan yang dihadapi mereka sebelum ini.

Alhamdullilah. Keluarga ini sedang berjuang untuk berdamai dengan takdir. Dan tidak semua manusia dapat lakukan. Mereka berjaya kerana mereka sentiasa cuba bersatu bersama-sama.

Terdahulu, nama Marissa menjadi tumpuan warga maya gara-gara pernikahannya di Songkhla bersama suaminya kini iaitu Aslam sekitar akhir Disember tahun lalu.

Marissa juga bergelar isteri kedua kepada madunya yang dikenali sebagai Umisya Mazlan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cliff umar heroin
7 months ago

Penyanyi Cliff Umar Ditahan Miliki Dadah Jenis Heroin, Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...