Penyanyi dan juga pelakon, Marsha Milan Londoh meluahkan rasa terkejut apabila menerima sebuah kiriman mesej daripada seorang individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat kepadanya di ruangan Instagram.
Marsha yang merasa berang dengan tindakan lelaki itu turut terkilan apabila individu tersebut turut menyamakan diri dan keluarganya dengan binatang khinzir.
View this post on Instagram
Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu telah berkongsikan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya dengan memuat naik tangkap layar perbualan antara dia dan lelaki itu.

“Saya Hakim, Saya benci berlakon macam awak. Awak macam rosak rumah tangga orang. Sudahlah perangai awak tak berubah sampai sekarang. Awak dan keluarga awak bodoh dan babi. Muka awak macam babi. Awak perempuan tak ada maruah.” tulis individu tersebut.
Membalas tenang mesej itu, Marsha meminta individu tersebut untuk bertenang dan turut memaklumkan bahawa dia akan membuat laporan polis berikutan hal itu.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut meminta orang ramai agat sentiasa menjaga tutur kata dan menghormati orang lain terutamanya dalam memberi komen yang melibatkan ahli keluarga.
Terdahulu, Marsha pernah berkongsi pengalaman apabila dia dimaki hamun oleh netizen yang berang dengan watak Nurul Huda yang dibawanya dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa.
View this post on Instagram
Dedah Marsha lagi, dia pernah diugut untuk ditampar dan turut digelar sebagai perempuan miang gara-gara terlalu geram dengan watak tersebut.
Anonymous
May 28, 2021 at 1:33 am
tu lah maksudnya lakonannya berjaya menjiwai watak
Anonymous
May 26, 2021 at 9:34 pm
walaupun tidak suka jgn ckp macam itu.
marsha ini masuk Islam setelah kawin dgn org islam.
agama dia dulu pun haramkan babi, inikan pula sdh Islam.
memalukan betul.
Anonymous
May 26, 2021 at 3:12 pm
biar pun dia masuk Islam,
agamanya dulu pun mengharamkan babi.
banyak yg dia haram makan.
susah masuk dalam kelompok melayu ini, apa boleh buat jodoh
benci orang fake
May 26, 2021 at 1:38 pm
sekadar!!!