Keluarga Beri ‘Hint’ Bella Astillah Dan Syed Saddiq Bakal Disatukan Dalam Masa Terdekat? – “Tak Salah Pun Kalau Nak..”

Hiburan

Keluarga Beri ‘Hint’ Bella Astillah Dan Syed Saddiq Bakal Disatukan Dalam Masa Terdekat? – “Tak Salah Pun Kalau Nak..”

Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video yang memaparkan seorang pengguna media sosial mengaku terkejut dengan perkahwinan Fattah Amin dan Amira Othman. Lebih mencuri perhatian, individu itu sebelum ini pernah berseloroh bahawa jika Bella Astillah berkahwin dengan Syed Saddiq, dia sanggup mendaki Gunung Kinabalu.

Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah komen balas adik Bella, Didi Astillah, pada video tersebut.

Advertisement

Cute hahahaha, tak salah pun kalau nak start training2 sikit dulu.

Komen itu pantas mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sama ‘throwback’ janji-janji pelik mereka jika pasangan selebriti itu disatukan.

Didi pun komen suh training tu, maknanya kata tak lama lagi Bass kita akan disatukan insyaallah.

Tu ok lagi sis, saya dah janji nak alih cuaca kalau bass kahwin, ahh sudah cemana pulak nak alihkannya.

Gelagat netizen dengan janji-janji ‘luar biasa’ ini nyata mengundang gelak tawa warganet lain, sekali gus menjadikan video berkenaan semakin tular.

Meskipun tidak pernah mengumumkan status hubungan antara mereka, penampilan Bella Astillah bersama Syed Saddiq seolah-olah sedang dilamun cinta pastinya membuatkan ramai berspekulasi mengenai hubungan sebenar antara mereka berdua.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah syed saddiq
2025-09-10 08:52:57

Video Bella Astillah Teman Syed Saddiq Ke Ironman Dunia 2025 Di Perancis Jadi Tumpuan - "Kami Tunggu Team Ni Announce Kahwin"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...