Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Keluarga Bawa Farid Kamil Berehat Di Kampung, Rancang Temukan Dengan Anak-Anak

Sudah bebas dari tahanan reman semalam dengan ikat jamin, ramai yang tertanya ke mana agaknya Datuk Farid Kamil akan pergi selepas ini.

Advertisement

Menurut adiknya, Fadzil Zahari beliau akan membawa abangnya itu ke kampung halaman mereka di Kedah agar Farid boleh berehat dan menenangkan fikirannya.

Bukan itu sahaja, Fadzil juga mahu menemukan Farid dengan dua orang anaknya yang dirindui, Muhammad dan Aurora dalam masa terdekat.

Perkara pertama, kesihatan Farid terlebih dahulu. Bila kami dah berpuas hati dengan tahap kesihatannya, barulah akan bawa balik kampung. Saya dan keluarga ada merancang untuk membawa Muhammad dan Aurora bertemu dengannya.

Sama ada saya atau diana yang akan bawa jumpa mereka dengan Farid belum pasti lagi. Ini semua bergantung mengikut kesesuaian masa selain keadaan kesihatan Farid sekiranya dia sudah stabil.

Advertisement

Pada masa yang sama, Fadzil berharap tiada lagi pihak yang membuatkan sebarang spekulasi liar mengenai kes Farid kerana khuatir ia akan mengganggu proses siasatan polis.

Terdahulu,  Farid dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 oleh adiknya, Fadzil Zahari selepas lima hari direman.  Farid mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan yang dibacakan ke atasnya. Mahkamah telah menetapkan 5 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. Miss

    January 17, 2018 at 5:01 pm

    Its adults fault…jgn kambing hitamkn anak2….cm dok luar daerah pn x dpt jumpa anak la…kita yg sibukkn diri dgn mcm2 hal ..mmbataskn masa emas dgn anak2,.so leave them alone…jgn kaitkn isu anak lagi..again its your own fault..bertanggung jawab la..

  2. Anonymous

    January 17, 2018 at 3:53 pm

    Dah la tu..jgn komen yg tak baik kat family diorang..cuba kena kat family sendiri..apa prasaan korang..FK skrg sdg “Sakit”..doakan “kesembuhan” dia.
    DD saya doakan supaya awak tak putus asa utk berusaha “sembuhkan” suami awak..jangan tinggalkan dia..dia amat perlukan sokongan awak dari segi apa skalipun..Allah sayangkan awak sebab tu dia nak awak terus hadapi masalah ini dan bukannya lari dari masalah ini..MGBU

  3. Anonymous

    January 17, 2018 at 2:53 pm

    Adiknya Nak tambah tuduhan lah tu…. cari siapa yg sesuai sebab abangnya ambil dadah terlarang dan pukul org….. mcm lah org x tau retis2 ramai pusher pujuk beli dadah konon utk hilang stress

    • Anonymous

      January 17, 2018 at 4:01 pm

      Kannn.. mereka sendiri yg cari pasal… pastu konon terpedaya lah… masalah dgn bini lah…excuses….kalau remaja terjebak dadah faham lah jugak sbb zaman budak2 experiment. Tapi dia ni dah tua bangka anak dah 2 pun still x nak insaf.

  4. Anonymous

    January 17, 2018 at 2:13 pm

    rancang temukan dengan anak2?
    pelik betul la….selama ni tak jumpa ke?

  5. noendingname

    January 17, 2018 at 2:08 pm

    xyah nk cakap jgn lupa bayar balik duit adik dia 12k tu..ntah2 tu duit farid or diana sendiri..kalu duit adik dia pon..sdh2 tentu dia akan byr balik..dia bknnyer xde duit..ape la…perlu ke nak mention…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama