Sudah bebas dari tahanan reman semalam dengan ikat jamin, ramai yang tertanya ke mana agaknya Datuk Farid Kamil akan pergi selepas ini.
Menurut adiknya, Fadzil Zahari beliau akan membawa abangnya itu ke kampung halaman mereka di Kedah agar Farid boleh berehat dan menenangkan fikirannya.
Bukan itu sahaja, Fadzil juga mahu menemukan Farid dengan dua orang anaknya yang dirindui, Muhammad dan Aurora dalam masa terdekat.
Perkara pertama, kesihatan Farid terlebih dahulu. Bila kami dah berpuas hati dengan tahap kesihatannya, barulah akan bawa balik kampung. Saya dan keluarga ada merancang untuk membawa Muhammad dan Aurora bertemu dengannya.
Sama ada saya atau diana yang akan bawa jumpa mereka dengan Farid belum pasti lagi. Ini semua bergantung mengikut kesesuaian masa selain keadaan kesihatan Farid sekiranya dia sudah stabil.
Pada masa yang sama, Fadzil berharap tiada lagi pihak yang membuatkan sebarang spekulasi liar mengenai kes Farid kerana khuatir ia akan mengganggu proses siasatan polis.