Sudah bebas dari tahanan reman semalam dengan ikat jamin, ramai yang tertanya ke mana agaknya Datuk Farid Kamil akan pergi selepas ini.
Menurut adiknya, Fadzil Zahari beliau akan membawa abangnya itu ke kampung halaman mereka di Kedah agar Farid boleh berehat dan menenangkan fikirannya.
Bukan itu sahaja, Fadzil juga mahu menemukan Farid dengan dua orang anaknya yang dirindui, Muhammad dan Aurora dalam masa terdekat.
Perkara pertama, kesihatan Farid terlebih dahulu. Bila kami dah berpuas hati dengan tahap kesihatannya, barulah akan bawa balik kampung. Saya dan keluarga ada merancang untuk membawa Muhammad dan Aurora bertemu dengannya.
Sama ada saya atau diana yang akan bawa jumpa mereka dengan Farid belum pasti lagi. Ini semua bergantung mengikut kesesuaian masa selain keadaan kesihatan Farid sekiranya dia sudah stabil.
Advertisement
Pada masa yang sama, Fadzil berharap tiada lagi pihak yang membuatkan sebarang spekulasi liar mengenai kes Farid kerana khuatir ia akan mengganggu proses siasatan polis.

melati
January 18, 2018 at 11:18 am
“biasa lah Suami Isteri ni..,” kekadang tergigit lidah..!! yg saya kesian Neelofa ni ? Takder org nak ker???? (Kena Mandi Bunga Neelofa ni)…wakakakakakakaa
Anonymous
January 18, 2018 at 8:53 am
Doakan yang baik2. Allah selitkan dugaan dlm hidup ini utk menjadikan kita yg lebih terbaik..
Blurry
January 17, 2018 at 11:16 pm
Knapa komen yg pelbagai tapi bawah satu icon yg sama. Fake nya..
Angah
January 17, 2018 at 5:32 pm
Tolongla jgn komen negatif..bagi kata2 sokongan..kita pun bukan betul sangat tapi allah tutup aib kita..tu kita nampak baik.tapi hakikatnya kita pun ada buat dosa dan salah.. mcm aku ni pun banyak salah sekali aku kantoi trs aku takot.. tapi allah tutup aib aku family dan kawan2 tak tahu..doakan urusan aku dipermudahkan