June 27th, 2012

Rasanya ramai mengetahui yang artis veteran, Datuk Aziz Sattar atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ajis kini berada di Hospital Ampang kerana sakit. Hari ini Sinar Harian melaporkan yang ahli keluarga Pak Ajis menolak kunjungan presiden Seniman Zed Zaidi yang mengunjungi beliau tengahari semalam.

Zed Zaidi dengan sekumpulan ahli Seniman, pihak media dan rakan artis menunggu selama sejam namun ahli keluarga Pak Ajis tetap berkeras tidak membenarkan rombongan Zed Zaidi menemuinya, akhirnya akur setelah pihak hospital turut campur tangan. Menurut Zed Zaidi:-

Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.

Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik.

Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya.

Untuk makluman, melalui berita yang kami dengar, ahli keluarga Pak Ajis menyatakan yang Zed Zaidi seorang yang propa di Facebook miliknya:-

Zed Zaidi PROPA…!!! Penipu nak mampus! We personally told him jangan bawa media sebab atok nak rest and he AGREED. Alih2 muncul nak buat scene plak kat hospital. Scumbag.”

Bagi kami, kita fikirkan yang positif. Mungkin Pak Ajis terlalu penat untuk menerima kunjungan seniman dan pihak media. Pendapat anda?


208 responses to “Keluarga Aziz Sattar Tolak Kehadiran Seniman, Zed Zaidi Propa?”

  1. Hamdan says:

    InsyaAllah Pak Aziz sihat segera. Teringat masa terserempak dgn dia dulu di klcc, cergas lagi bagi usia dia berjalan dgn laju. Kagum saya. Apa apa hal pon biarlah dia berehat dulu, orang sakit kita kenalah hormat. Baik kita doakan je pak aziz cepat sembuh dari gado kat sini sape salah sape betul kan.

  2. Abu Ubaidah Ahmad Ishak says:

    Nak tahu perkembangan Datuk Aziz Sattar? tak perlu bergantung sangat pada Media kerana kadang2 info tu tak tepat. Anda semua boleh follow saya di Twitter @abuubaidahishak klau ingin bertanya tentang keadaan datuk saya ;)

Loading...