Keluarga Aziz Sattar Tolak Kehadiran Seniman, Zed Zaidi Propa?

Hiburan

Keluarga Aziz Sattar Tolak Kehadiran Seniman, Zed Zaidi Propa?

Rasanya ramai mengetahui yang artis veteran, Datuk Aziz Sattar atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ajis kini berada di Hospital Ampang kerana sakit. Hari ini Sinar Harian melaporkan yang ahli keluarga Pak Ajis menolak kunjungan presiden Seniman Zed Zaidi yang mengunjungi beliau tengahari semalam.

Advertisement

Zed Zaidi dengan sekumpulan ahli Seniman, pihak media dan rakan artis menunggu selama sejam namun ahli keluarga Pak Ajis tetap berkeras tidak membenarkan rombongan Zed Zaidi menemuinya, akhirnya akur setelah pihak hospital turut campur tangan. Menurut Zed Zaidi:-

Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.

Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik.

Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya.

Untuk makluman, melalui berita yang kami dengar, ahli keluarga Pak Ajis menyatakan yang Zed Zaidi seorang yang propa di Facebook miliknya:-

Zed Zaidi PROPA…!!! Penipu nak mampus! We personally told him jangan bawa media sebab atok nak rest and he AGREED. Alih2 muncul nak buat scene plak kat hospital. Scumbag.”

Bagi kami, kita fikirkan yang positif. Mungkin Pak Ajis terlalu penat untuk menerima kunjungan seniman dan pihak media. Pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...