Keluarga Arwah Pelajar UPSI Diuji Lagi, ‘Scammer’ Licik Tukar Akaun Derma Ke Akaun Sendiri

Kehidupan

Keluarga Arwah Pelajar UPSI Diuji Lagi, ‘Scammer’ Licik Tukar Akaun Derma Ke Akaun Sendiri

Keluarga arwah Fatin Nasrien, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan baru-baru ini, sekali lagi diduga dengan ujian berat. Kali ini melibatkan penipuan sumbangan derma oleh individu tidak bertanggungjawab.

Menurut satu perkongsian di Facebook oleh seorang individu yang banyak membantu keluarga arwah, akaun derma asal milik keluarga telah ditukar kepada akaun peribadi seorang scammer. Penipu tersebut mengambil kesempatan dengan meletakkan QR code palsu, menyebabkan sumbangan orang ramai tidak sampai kepada keluarga mangsa.

Advertisement

Ada scammer dah ambil kesempatan untuk letakkan QR lain. Sumbangan terus kepada ibu dan ayah arwah Fatin sahaja.

keluarga mangsa upsi ditipu

Oleh itu, dia meminta agar orang ramai lebih berhati-hati ketika menyalurkan sumbangan derma kepada akaun yang tertera nama ibu bapa arwah sahaja.

Sumbangan orang ramai kepada keluarga Fatin sebelum ini mencatat peningkatan mendadak sehingga pihak bank terpaksa mengehadkan jumlah kemasukan dana. Namun dalam kemas kini terbaharu, akaun milik ibu bapa arwah telah kembali beroperasi seperti biasa.

keluarga mangsa upsi ditipu

Kisah Fatin mula menyentuh hati ramai apabila bapanya, Fadli Abdul Rahman dari Kampung Kerandang, Besut, dikatakan terpaksa meminjam kereta ketua kampung demi ke Ipoh untuk melihat jenazah anak sulungnya itu. Arwah Fatin bukan sahaja seorang pelajar cemerlang, malah menjadi harapan utama keluarga sebagai anak pertama daripada lima beradik.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

muhammad adib pelajar nahas bas UPSI
5 days ago

"Saya Bukan Pelajar UPSI, Saya Masih Hidup" - Jadikan Bahan Jenaka Sebab Muka Seiras Dengan Pelajar Maut Bas UPSI, Teruk Lelaki Ini Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...