Isnin lepas berlaku lagi kemalangan maut berpunca dari pemandu mabuk yang merempuh pekerja kilang, Muhammad Akmal Hakim 22 tahun yang menunggang motosikal.
Keluarga arwah Akmal bagaimanapun reda dengan kehilangan insan tersayang dan mengharapkan kemalangan menimpa Akmal berpunca dari pemandu mabuk adalah yang terakhir.
Saya harap kemalangan yang menimpa adik disebabkan pemandu mabuk adalah mangsa terakhir. Ia sebagai pengajaran kepada semua supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk. – Kata kakak mangsa Nur Suhaili Misnan.
Nur Suhaili turut memaklumkan mereka telah melantik peguam bagi memastikan pemandu mabuk berkenaan menerima hukuman yang setimpal.
Keluarga turut menceritakan perubahan sikap arwah yang dilihat tidak aktif di laman sosial termasuklah dengan memadam gambar miliknya.
Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman dan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.