Keluarga Anda Tak Suka Sayur? Ini 6 Cara Mudah Untuk Buat Mereka “Jatuh Cinta” Dengan Sayur

Hiburan

Keluarga Anda Tak Suka Sayur? Ini 6 Cara Mudah Untuk Buat Mereka “Jatuh Cinta” Dengan Sayur

Dalam dunia yang makin mencabar, semua bekerja keras untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik dan selesa. Ramai yang sibuk bekerja dan mengejar masa sampai ada yang mengabaikan waktu makan dan tak mengamalkan gaya hidup sihat.

Advertisement

Menikmati makanan seimbang memang satu cabaran sekarang ni dan kita makan hanya untuk mengatasi rasa lapar. Cabaran paling besar semestinya untuk para ibu yang bekerjaya kan? Mana taknya, nak mengimbangi masa bekerja dan menyediakan hidangan lazat serta sihat untuk keluarga memang memerlukan usaha yang lebih terutamanya untuk memenuhi selera anak-anak.

Sebenarnya untuk menyediakan makanan yang berkhasiat tidaklah begitu sukar atau mengambil masa yang lama. Anda masih boleh hidangkan makanan yang ringkas, mudah dan cepat tetapi seimbang walaupun menjalani gaya hidup yang sibuk.

Jangan risau, berikut adalah tips untuk para ibu menyediakan makanan sihat terutamanya pengambilan sayur-sayuran untuk keluarga anda.

1. Jadi lebih kreatif

ajinomoto
Anda perlu bijak dalam pemilihan bahan untuk setiap makanan yang dihidangkan. Olahan dalam setiap menu penting supaya keluarga dan anak-anak tidak bosan dengan masakan yang sama setiap hari. Gunakan peluang ini untuk mengamalkan pemakanan seimbang dengan menambah sayuran ke dalam diet anda. Telur dadar atau telur hancur boleh ditambah bawang, lada, brokoli dan cendawan. Anda juga boleh masukkan kepingan avokado dan timun ke dalam sandwich. Makanan anda akan menjadi lebih enak, sihat dan mengenyangkan.

2. Sayur sebagai snek

ajinomoto

Pengambilan snek amat penting untuk diet seimbang. Bukan sahaja boleh menghilangkan rasa lapar tetapi dapat membantu anda bertenaga sepanjang hari. Tetapi pastikan anda mengambil snek yang sihat seperti kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda boleh cuba lobak merah atau batang saderi dan makan bersama sos pencicah kegemaran anda. Selain itu, cuba makan salad bersama kekacang untuk merasai kenikmatan snek anda.

3. Pastikan sayur sentiasa ada

ajinomoto

Sayur sepatutnya menjadi bahan utama masakan dan anda perlu menyimpan stok sayur yang cukup di rumah. Simpan sayur yang siap dipotong di dalam peti sejuk untuk memudahkan anda memasak dan pastikan sayur sentiasa berada dalam keadaan segar. Cara masak yang betul membantu untuk mengekalkan khasiat sayur-sayuran tersebut.

4. Suku, suku, separuh

ajinomoto

Kempen kesedaran tentang pemakanan sihat telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun lepas lagi. ‘Suku suku separuh’ bermaksud suku bahagian pinggan diisi dengan karbohidrat seperti nasi dan mee, suku lagi diisi dengan sumber protein seperti daging dan ikan, manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Tanam sayur sendiri

ajinomoto

Tips ini bukan sahaja memudahkan anda untuk mendapatkan sumber sayur-sayuran tetapi juga dapat menyihatkan tubuh badan dengan berkebun. Buat batas kecil di laman rumah atau tanam sayuran di dalam pasu. Dengan cara ini anda boleh menikmati sayur kegemaran anda dan menjadikannya sebahagian daripada hidangan harian.

ajinomoto

Bukan itu sahaja, untuk membantu anda menyediakan makanan yang sihat dan seimbang dengan mudah, anda boleh saksikan video masakan AJI-NO-MOTO® Campur, Campur, Siap! Dengan AJI-NO-MOTO® anda boleh ketahui cara mudah memasak sayur yang lazat dan berkhasiat untuk seisi keluarga.


Dapatkan AJI-NO-MOTO® di kedai berhampiran anda dan rasakan kelainan dalam setiap masakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...