Keluarga Adib Mahu Saman PDRM, Kecewa Kenyataan Dari KPN Bercanggah

Trending

Keluarga Adib Mahu Saman PDRM, Kecewa Kenyataan Dari KPN Bercanggah

Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Perkara ini dimaklumkan oleh bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64. Dia berkata kematian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih walaupun reda dengan pemergiannya itu.

Advertisement

Kecewa kenyataan KPN

Kematian anaknya itu masih lagi belum terbela dan mereka sekeluarga kini kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Menurutnya, keluarganya sangat berharap polis dapat mengenal pasti saksi dan menangkap pesalah yang memukul anaknya sehingga meninggal dunia.

“Saya berasa perkara ini pelik, bagaimana Ketua Polis Negara membuat kenyataan bercanggah sedangkan Mahkamah Koroner sudah putuskan arwah meninggal dunia akibat perbuatan jenayah.”

ahli bomba

Hormat keputusan KPN

Katanya, keputusan yang dibuat Mahkamah Koroner bukan satu perkara mudah dan ia mengambil masa lama kerana perlu memanggil saksi dan pakar tertentu. Pada Isnin lalu, Ketua Polis Negara memberitahu sehingga kini masih tidak ada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar melihat Adib dipukul.

“Kita sama-sama hormat keputusan mahkamah, tidak lagi perlu ungkit bagaimana anak saya menemui ajal, sekarang masanya untuk mencari pesalah dan heret mereka ke mahkamah.” 

Hamid berkata kesemua keterangan yang diperoleh pihaknya bersifat dengar cakap dan juga pendapat. Mengimbau kembali apa yang berlaku sebelum ini, Muhammad Adib cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN). Manakala pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...