Keluaran Terbaru iPhone 2020 Lengkap Dengan Pengimbas Cap Jari Diatas Skrin

Teknologi

Keluaran Terbaru iPhone 2020 Lengkap Dengan Pengimbas Cap Jari Diatas Skrin

Ura-ura dari MacRumors sudah kendengaran bagi keluaran Apple iPhone tahun hadapan. Apa pula kelainan yang akan dibuat oleh Apple iPhone kali ini?

Pasti peminat Apple iPhone tidak sabar untuk melihat sendiri reka bentuk terbarunya dengan sistem tambahan baru.

Advertisement

Dengar kata Apple bakal memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari diatas skrin pada model keluaran mereka pada tahun akan datang.

Mereka masih mahu kekalkan imej imbasan cap jari lagi seperti Apple IPhone keluaran model-model terdahulu.

Ini kerana penawaran teknologi ini lebih baik dan futuristik berbanding FaceID. Tetapi, pesaing sengit mereka khususnya telefon pintar Android telah memperkenalkan model ini terlebih dahulu.

Advertisement

Model Apple iPhone keluaran 2020 bakal menyokong rangkaian 5G beserta penawaran kamera belakang yang lebih baik. Apple dijangka melancarkan iPhone terbaru pada September ini.

Manakala model keluaran tahun hadapan kemungkinan besar bakal dilancarkan pada bulan yang sama.

Sama-sama kita nantikan keluaran Apple iPhone yang terbaru di Malaysia pada tahun hadapan ya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...