Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Keluar Tiga Hari’, 7 Selebriti Lelaki Malaysia Ini Sertai Jemaah Tabligh

Artis Masuk Jemaah Tabligh

Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan selebriti diberitakan mula seronok untuk mengikuti program keagamaan cenderung kepada jemaah tabligh ataupun disebut-sebut, ‘keluar tiga hari’.

Advertisement

1. Nabil Ahmad

Nabil Ahmad tabligh

Pengacara popular Nabil menyatakan perasaan terharu kerana pada usia 37 tahun, dia baru mengetahui suasana beribadah (tahajud, qiamullail dan sebagainya) seperti itu. Jatuh cinta dengan jihad dalam menuntut ilmu agama, Nabil berazam ingin menyertai mereka lagi untuk tempoh yang lebih lama.

2. Aliff Aziz

Advertisement

Aliff Aziz tabligh

Aliff Aziz penyanyi yang dulu penuh dengan kontroversi berkata semuanya bermula selepas dia melihat Instagram TV pengacara dan penyampai radio popular, Faizal Ismail atau FBI yang turut menyertai jemaah tabligh. Menurut penyanyi itu, sehari sebelum menyertai aktiviti jemaah tabligh, dia ingin membatalkan niatnya namun terkesan dengan kata-kata Ustaz Amar.

3. Anuar Zain

Anuar Zain tabligh

Tidak terkecuali bagi penyanyi popular, kelihatan Anuar Zain dalam beberapa rakaman videonya bersama artis serba boleh iaitu Nabil Ahmad dan sekumpulan jemaah tabligh tular di platform TikTok. Lengkap berjubah dan mengenakan kopiah, penyanyi lagu Sedetik Lebih itu malah bergurau senda dengan Nabil.

4. Amar Asyraf

Amar Asyraf tabligh

Akui Amar atau nama sebenar, Amar Asyraf Zailuddin, dia mula menyertai jemaah tabligh sejak Januari lalu bersama rakan artis seperti Ali XPDC dan Hafiz Suip. Seiring dengan penghijrahannya, Amar berharap dapat mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan dengan wanita jika menerima tawaran berlakon dalam sebuah drama.

Advertisement

5. Saharul Ridzwan

Saharul Ridzwan tabligh

Gara-gara terlupa melafazkan kalimah suci Lailahaillallah, pelakon Saharul Ridzwan hampir lemas dan merasai sendiri detik hampir berdepan kematian. Oleh kerana itu, dia kini lebih memahami mengenai Islam selepas mengikuti kumpulan jemaah tabligh.

6. Shuk Sahar

Shuk Sahar tabligh

Terbuka hati menyertai jemaah tabligh selama tiga hari memberi pengalaman yang baru buat bekas penyampai radio, Shuk Sahar dan merasakan ia memberi ketenangan buat dirinya.

7. MK K-Clique

MK K-Clique tabligh

Gambar penyanyi rap MK K-Clique menyertai kelas agama bersama kumpulan jemaah tabligh tular di media sosial dan dia sudah menyimpan hasrat beberapa minggu sebelum menyertainya. Difahamkan MK bersama temannya berkampung di Jerantut, Pahang selama tiga hari mendalami ilmu agama.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    September 23, 2021 at 2:51 pm

    shuk tu betul2 ke dah berubah? kalau dah join tabligh knp still kejar ex gf dia lagi sampai masuk rmh pempuan tu??? honestly said aku x caya shuk ni berubah sbb semua ni fenomena jer.. sekadar ikut2tan….

  2. tecit

    September 23, 2021 at 12:15 pm

    byk2 paling geli syuk dgn amar asyraf punye janggut tehehehe

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top