August 19th, 2015

Kata orang,  kalau hendak berkahwin ini pasti akan ada pelbagai ujian yang melanda. Masih tidak habis lagi dengan kontroversi bersama Emma Maembong, kini Zizan Razak dikatakan mempunyai hubungan istimewa bersama Ummi Nazeera selepas di lihat keluar makan bersama baru-baru ini.

Mula berkenalan ketika sama-sama membintangi telefilem Angin Cinta yang diterbitkan oleh  syarikat milik Liyana Jasmay dan kakaknya, Zizan tidak menafikan beliau ada keluar beberapa kali bersama Ummi sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Zizan menjelaskan beliau dan Ummi tidak lebih daripada seorang kawan yang selesa di antara satu sama lain.

Saya kenal dia (Ummi) selepas kami berlakon bersama. Mula berlakon dengannya, saya tak nafikan, memang kekok. Tapi lama lama sudah okay. Dia juga seorang kawan yang baik. Suka menasihati. Saya hormati dia sebagai seorang kawan. Tak lebih daripada itu.

Saya selesa berkawan dengannya. Kalau ada yang cakap saya keluar makan dengannya, saya saya nafikan. Ada beberapa kali kami keluar makan bersama.

Kami rasa sudah tiba masanya untuk Zizan Razak memberitahu perkembangan terkini mengenai persiapan perkahwinannya. Selagi beliau berdiam diri, maka banyak kontroversi yang akan menghimpit dirinya.

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...