Written by Bella | November 14th, 2019

Kecoh apabila pelakon Intan Najuwa dikatakan sudah memadam foto dan ‘unfollow’ tunangnya, Razrul Anwar Rulis di Instagram.  Pelbagai spekulasi tercetus termasuklah andaian mengatakan hubungan mereka goyah.

intan najuwa tidak hormat tunang

Bagaimanapun, ternyata pasangan ini masih saling sayang menyayangi. Masih mesra seperti biasa seperti tiada apa- apa pun yang berlaku.

Menerusi Insta Story, Intan memuat naik videomereka bermanja dan bergurau senda, menegur tunangnya yang kini sedang diet ketika makan malam.

intan najuwa

B you bukan nak diet ke.

Ia sekaligus membuktikan kepada semua bahawa cinta mereka masih hangat membara biarpun dihimpit kontroversi panas.

intan najuwa zul ariffinTerdahulu, tular foto mesra mandi laut antara Intan dan Zul Ariffin dimaa pelakon wanita itu didukung dalam keadaan mengghairahkan. Lebih panas lagi apabila pengarah drama Setelah Ku Dimiliki, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan tiada dalam drama.

Bagus betul Intan dapat seorang tunang yang begitu memahami dan tidak cemburu langsung dengan foto panas yang viral. Harapnya hubungan mereka ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan seterusnya sehingga ke syurga.

Sumber Berita : Astro Gempak

12 responses to Keluar Makan Bersama & Bermanja, Cinta Intan Najuwa Dan Tunang Masih Hangat Membara

  1. erok says:

    nara , dengan adanya berita ini adakah ekonomi malaysia akan bertambah kukuh ???????????????

  2. ApaApaJeLah Labu says:

    Ntah….motif nak up lg gambo dlm air tu dah kenapa? geli tau tak..

  3. Anonymous says:

    kalau dah ok tu baguslah….so, x perlulah nak up gmbr dlm air tu….

  4. miowmiow says:

    mne ade kluar mkn bersamanye, video call je pon.. nipu la nara ni

  5. Anonymous says:

    Biarkan je la mereka ini. Kalau yang putus diorang, kalau yang kahwin diorang, kalau yang cerai diorang. Lantak kome.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini