Keluar Makan Bersama & Bermanja, Cinta Intan Najuwa Dan Tunang Masih Hangat Membara

Hiburan

Keluar Makan Bersama & Bermanja, Cinta Intan Najuwa Dan Tunang Masih Hangat Membara

Kecoh apabila pelakon Intan Najuwa dikatakan sudah memadam foto dan ‘unfollow’ tunangnya, Razrul Anwar Rulis di Instagram.  Pelbagai spekulasi tercetus termasuklah andaian mengatakan hubungan mereka goyah.

intan najuwa tidak hormat tunang

Advertisement

Bagaimanapun, ternyata pasangan ini masih saling sayang menyayangi. Masih mesra seperti biasa seperti tiada apa- apa pun yang berlaku.

Menerusi Insta Story, Intan memuat naik videomereka bermanja dan bergurau senda, menegur tunangnya yang kini sedang diet ketika makan malam.

intan najuwa

B you bukan nak diet ke.

Ia sekaligus membuktikan kepada semua bahawa cinta mereka masih hangat membara biarpun dihimpit kontroversi panas.

intan najuwa zul ariffinTerdahulu, tular foto mesra mandi laut antara Intan dan Zul Ariffin dimaa pelakon wanita itu didukung dalam keadaan mengghairahkan. Lebih panas lagi apabila pengarah drama Setelah Ku Dimiliki, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan tiada dalam drama.

Bagus betul Intan dapat seorang tunang yang begitu memahami dan tidak cemburu langsung dengan foto panas yang viral. Harapnya hubungan mereka ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan seterusnya sehingga ke syurga.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...