Keluar Katak Kering Dan Paku Karat, Andi Bernadee Kena Santau?

Hiburan

Keluar Katak Kering Dan Paku Karat, Andi Bernadee Kena Santau?

Tengah malam semalam, penyanyi dan kini pelakon, Andi Bernadee ada berkongsikan sebuah video memaparkan beberapa barang aneh dan mistik menerusi laman sosial Instagramnya untuk tatapan peminat.

Andi BernadeeSumber : Instagram Andi Bernadee  

Ternyata, ianya telah menarik perhatian peminat serta pengikut penyanyi lagu Penat ini malah ada yang mengaitkan dirinya dengan perbuatan sihir dan ilmu hitam.

Advertisement

Menerusi video tersebut, Andi telah menunjukkan barangan seperti katak kering dan beberapa batang paku karat dipercayai ditemui ketika menjalani rawatan alternatif.

“Alhamdullilah, terima kasih awak..saya tak tahu apa salah saya pada awak, apapun ini semua ujian Allah..” tulisnya di bahagian kapsyen ringkas.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat turut membuat spekulasi bahawa Andi kini jarang berkongsikan apa-apa di laman media sosialnya mungkin kerana sakit dibuat orang.

Pengurus Andi, Nasir Deraman dilihat turut menitipkan pesanan buat artis di bawah naungannya ini agar terus berdoa dan bersabar menghadapi dugaan berat itu.

Turut kelihatan rakan-rakan artis serta peminat tampil mendoakan agar Andi kembali pulih dan memberi kata-kata positif buat penyanyi itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Andi Bernadee

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...