Keluar Jenama Minyak Wangi Sendiri, Aaron Aziz Ingin Bantu Mereka Yang Ingin Berniaga

Hiburan

Keluar Jenama Minyak Wangi Sendiri, Aaron Aziz Ingin Bantu Mereka Yang Ingin Berniaga

Pelakon yang kini bergelar usahawan kini, Datuk Aaron Aziz khabarnya telah menceburi bidang perniagaan berasaskan minyak wangi dengan jenama The Oud by Aaron Aziz.

Aaron Aziz
2 years ago

"Selagi Tak Babitkan Aksi Berat, Saya Okay" - Sakit Bukan Penghalang Aaron Aziz Terus Aktif Berlakon

Advertisement

Ujarnya, penularan wabak COVID-19 turut membuatkan dirinya terkesan dan seterusnya turut tergerak hati ingin membantu mereka yang mahu meraih pendapatan sampingan menerusi penjualan minyak wanginya itu.

Jelas Aaron lagi, orang ramai yang berminat untuk mula berniaga namun kekurangan modal tidak perlu risau kerana perusahaan minyak wangi yang diusahakannya itu menyediakan peluang yang pelbagai.

Melalui jenama ini, saya mahu mereka yang mungkin ada keinginan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai modal yang banyak boleh menggunakan peluang yang kami sediakan.

Selain itu, pelakon filem Ombak Rindu ini juga memberitahu bahawa produk harumannya itu boleh didapati secara dalam talian dan juga di rangkaian pusat beli-belah popular.

Antara pusat beli-belah yang menjadi lokasi penjualan The Oud ini adalah seperti pasaraya AEON Maluri, Bukit Tinggi serta beberapa perancangan di Selatan dan juga Pantai Timur.

Dalam perkembangan lain, Aaron turut memberikan pandangan mengenai rakan artis yang melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.

Kata Aaron, dia melihat perkara tersebut sebagai perkara positif dan tidak perlu mempersoalkan niat baik seseorang itu jika dia mula berubah dan mendekatkan diri kepada agama.

“Semua orang mempunyai peluang untuk berubah dan mendekatkan diri kepada agama. Jadi, mengapa kita perlu mempersoalkan niat baik seseorang. Seharusnya hal ini pelru dilihat sebagai sesuatu yang positif..” maklumnya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...