“Keluar Dengan Suami Lagi Seksi..” Alicia Amin Tak Kisah Bawa Watak ‘Daring’ Asalkan Sampai Kepada Penonton

Hiburan

“Keluar Dengan Suami Lagi Seksi..” Alicia Amin Tak Kisah Bawa Watak ‘Daring’ Asalkan Sampai Kepada Penonton

Model dan juga pelakon, Alicia Amin berkata dia tidak kisah jika diberikan watak ‘daring’ asalkan sampai penghayatan lakonannya kepada penonton di luar sana.

Meskipun begitu, Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin menganggap perkara itu sedikit terbatas dalam industri lakonan tempatan kerana di Malaysia, ianya tidak terlalu terbuka dan sukar untuk keluar daripada kepompong tersebut.

Advertisement

Masa penggambara nak ‘shoot’ seksi itu dan ini, tapi realitinya saya macam ‘alamak, saya sendiri pakai lagi seksi keluar dengan suami’.

Kalian sendiri tahu, Ahli Lembaga Penapisan Filem (LPF) bila nak keluar filem atau drama, ‘baju ini pendek sangat, bahagian (badan) ini tak boleh nampak.

Tambah Alicia lagi, dia tidak bimbang untuk meneruskan kerjaya seninya di tanah air dan sangat sukakan cabaran asalkan mesej drama atau filem itu dapat disampaikan dengan baik kepada penonton.

Turut mengambil contoh situasi bidang peragaan yang diceburinya sejak sekian lama, Alicia berkata baju yang diperagakan di pentas peragaan tidak sama sekali mencerminkan dirinya yang sebenar sebaliknya hanya mewakili jenama dan fesyen.

“Projek drama yang divisualkan dengan indah, ada babak seks tapi bila fikir balik, kalau tiada semua itu (babak seksi dan berani), mesej yang ingin disampaikan kepada penonton mungkin tidak sampai.” terang Alicia mengakhiri bicara.

Alicia Amin
4 years ago

Alicia Amin Rancang Tambah Koleksi Tatu, Tak Kisah Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...