Berita tentang keadan aktres, Ardell Aryana yang dilaporkan lemah selepas tekanan darahnya rendah serta mengalami beberapa kecederaan selepas dikasari pihak berkuasa Israel, membuatkan ramai berang.
Ardell yang dikhabarkan telah ditumbuk di muka serta ditarik rambut turut mengalami kecederaan tisu bahu koyak dan kini sedang dirawat di hospital Istanbul.
Menerusi siaran langsung di TikTok, abang Ardell memaklumkan aktres itu yang nampak dalam keadaan baik ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turki sebenarnya sedang menahan sakit.
Kata abangnya lagi, Ardell berbuat sedemikian kerana enggan membuatkan keluarga dan orang ramai bimbang akan keadaannya.
Dia keluar dari kapal nampak dia senyum tapi sebenarnya dia tengah tahan sakit. Keluar dari penjara keadaan sangat lemah dah tapi dia cuba untuk kuat. Lepastu dorang ambik gambar semua dia pura pura senyum, pura pura kuat sebab taknak bagi orang risau keadaan dia.
View on Threads
Ramai yang sebak selepas mendapat tahu keadaan aktres tersebut dan tidak dapat membayangkan kesakitan dirasakan Ardell selepas dilayan dengan kejam ketika di penjara Israel.
Sesetengah individu berkata mereka perasan keadaan Ardell tidak seperti biasanya kerana aktres itu dikenali dengan perwatakan ceria.
“Dah terjawab kenapa Ardell kelihatan tak selesa dekat semua video & gambar,” komen seorang individu.
Terdahulu, media melaporkan Ardell kini sedang dirawat di Hospital Istanbul dan dimaklumkan berada dalam keadaan lemah.