Keluar Cari Makanan, Ibu Bapa Kehilangan 8 Anak Terbunuh Akibat Pesawat Tempur – “Kepulangan Disambut Jasad Anak”

Dunia

Keluar Cari Makanan, Ibu Bapa Kehilangan 8 Anak Terbunuh Akibat Pesawat Tempur – “Kepulangan Disambut Jasad Anak”

Tidak dapat dibayangkan betapa pedihnya hati ibu bapa terpaksa menerima kenyataan bahawa lapan daripada 11 anaknya meninggal dunia pada hari yang sama.

Itulah takdir yang terpaksa diterima pasangan suami isteri dari Palestin ini apabila lapan anaknya maut selepas khemah tempat mereka sekeluarga berlindung di kem Al-Maghazi di tengah Gaza, dibedil pesawat tempur Israel, Isnin lalu.

Advertisement

Lebih meruntun hati, dia tiada di sisi anak-anaknya ketika kejadian tersebut berlaku kerana telah keluar mencari makanan untuk keluarganya itu.

palestin

Menyedihkan, kepulangannya disambut dengan jasad lapan anaknya yang meninggal dunia dalam keadaan perut yang kelaparan.

Menerusi satu rakaman yang tular, wanita itu dilihat menangis teresak-esak selepas kehilangan cahaya matanya serentak dan suaminya dilihat berada di sisi cuba menenangkannya.

Menurut wanita itu, anaknya yang maut merupakan lima perempuan dan tiga lelaki terdiri daripada kanak-kanak dan hanya seorang kakak sekolah menengah.

Mereka tidur dalam kelaparan, kami cuba mencari mereka roti, tetapi mereka dibunuh.

Tambahnya, dia memang mengimpikan anak-anaknya mati syahid dan turut berdoa agar nyawanya turut diambil agar dapat bersama mereka yang terkorban itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eye On Palestine (@eye.on.palestine)

Redakanlah aku ya Allah, bawalah aku bersama mereka sebagai mati syahid dan letakkan kami di syurga tertinggimu.

Bedilan pesawat temput Israel itu bukan sahaja mengorbankan lapan orang anaknya tetapi juga 47 penghuni lain di khemah tersebut.

Gaza kini merupakan tempat paling tidak selamat di dunia selepas 18,412 dilaporkan terkorban akibat serangan tentera rejim Israel.

Neelofa
1 year ago

Neelofa Akui Tertekan Dengan Isu Di Palestin, 'Kacau' Bekalan Susu Badan Kerana Ganggu Emosi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...