Keluar Berduaan, Ben Amir & Daiyan Trisha Kini Sedang Hangat Bercinta?

Hiburan

Keluar Berduaan, Ben Amir & Daiyan Trisha Kini Sedang Hangat Bercinta?

Dilihat berdua-duaan menikmati santapan pagi bersama di sebuah kafe sekitar Damansara, selebriti popular Daiyan Trisha dan Ben Amir kini dikhabarkan sedang hangat bercinta.

Keluar Makan Berdua, Ben Amir & Daiyan Trisha Kini Sedang Hangat Bercinta?

Kredit – Gempak

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Miss K menerusi portal Astro Gempak, pihaknya mendapat kiriman teks bergambar daripada seorang individu yang dikenali sebagai Cik Kuntom yang secara kebetulan terserempak dengan kelibat dua pelakon itu di tempat kejadian.

Advertisement

Foto yang diterima juga jelas kelihatan Daiyan yang bercelana pendek dilihat mesra duduk semeja bersama jejaka kacak tersebut.

Keluar Makan Berdua, Ben Amir & Daiyan Trisha Kini Sedang Hangat Bercinta?

Kredit – Gempak

Lebih menarik, Ben dan Daiyan juga tidak ketinggalan memuat naik gambar makanan yang dijamah mereka dengan kapsyen seakan bertentangan.

Menguatkan lagi tentang kisah hubungan mesra mereka, kedua-dua juga difahamkan telah mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Keluar Makan Berdua, Ben Amir & Daiyan Trisha Kini Sedang Hangat Bercinta?

Bagaimanapun, sehingga kini, status hubungan mereka masih belum diketahui kerana tiada kenyataan balas yang dikeluarkan oleh mereka setakat ini.

Andai tiada apa-apa hubungan cinta yang terjalin, berkemungkinan, pertemuan mereka hanyalah sekadar mahu berdiskusi atau atas dasar kerja semata-mata.

Keluar Makan Berdua, Ben Amir & Daiyan Trisha Kini Sedang Hangat Bercinta?

Terdahulu, Ben khabarnya pernah dicop sombong oleh beberapa pihak tertentu kerana sukar menyesuaikan diri dengan orang lain. Namun, beliau dilihat menafikan tohmahan tersebut kerana mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau bertindak sedemikian rupa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...