Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Keluar 44 Hari Siapa Nak Bagi Anak Bini Makan?” Tidak Pilih Tabligh, Awie Punya Cara Sendiri Belajar Ilmu Agama

Awie

Sejak kebelakangan ini, ramai juga artis tempatan yang dilaporkan mula mengikuti jemaah tabligh dalam usaha mencari ilmu agama dan mendekatkan diri dengan ajaran Islam.

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Azhar bin Othman (AWIE) (@awieofficial)

Advertisement

Tidak ketinggalan untuk diajukan soalan yang sama, penyanyi Datuk Awie,53, berkata dia juga sedar akan perubahan beberapa rakan artis yang mula berhijrah dan mengikuti kumpulan tabligh.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menjelaskan bahawa jalan hidup seseorang itu tidak boleh ditentukan oleh sesiapa selain individu itu sendiri.

Namun begitu, bagi penyanyi lagu Iris ini, dia tidak memilih untuk menyertai tabligh namun tidak berniat untuk memperlekehkan usaha individu yang mula berhijrah dengan menyertai kumpulan tersebut.

Advertisement

“Siapa mereka nak tentukan jalan orang. Kalau saya pergi (ikut tabligh) sampai 44 hari siapa nak bagi anak isteri saya makan. Saya bukan nak menyalahkan sesiapa, ikut merekalah nak ikut jalan mana nak mencari ilmu Allah.”

Awie dalam pada itu berpendapat bahawa seseorang tidak semestinya duduk dalam sesuatu pertubuhan hanya kerana ingin mempelajari ilmu Allah namun memilih untuk mencari guru agama dan mempelajarinya secara berhadapan.

Dia juga menegaskan bahawa pendirian serta pandangannya dalam soal ini bukanlah bermaksud untuk memperlekehkan pertubuhan tabligh sebaliknya menghormati setiap pilihan yang dipilih mana-mana individu dalam mencari rahmat Allah.

“Saya tidak membangkang sebab kita masing-masing ada jalan tersendiri (dalam mencari ilmu agama) dan kita perlu menghormatinya. Tak semestinya kita berpakaian sebegini kita taknak jumpa tuhan. Adakah kita perlu iku cara orang luar (Pakistan, Arab) seperti berjanggut, berjubah dan berserban itu baru kita nampak suci?”

Perkembangan lain, Datuk Awie yang baru sahaja menimang cahaya mata ke-6 kini khabarnya mula berjinak-jinak dengan perusahaan makanan seperti sambal yang dihasilkannya sendiri di rumah.

Antara variasi sambal yang mula diniagakan sejak Rabu lalu itu adalah sambal merah, sambal ikan sepat masin, sambal ikan kembung masin dan sambal paru.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. tecit

    April 2, 2021 at 9:21 am

    terima kasih awie. bersuara bagi pihak kami. kdg2 ade jenis2 pertubuhan2 ni memaksa. bile kte xnk join kate kte ni xnk mendekati Allah. kite semua diberi pilihan oleh Allah utk memilih jalan kite sendiri. menjadi tanggungjawab kte utk menilai dan belajar yg mane lebih elok. ikotla masing2 punye penilaian. diakhir nanti Allah yg nilai kte. jd xperlu memaksa org lain utk menjadi same mcm kamu. xsemestinya kalau kami xikot mcm kamu, kami xmencari ilmu Allah. cume kami xnk cakap je. risau riak muncul dlm hati. nak jage hati ni susah. lagi kte rase kte dah berada di jalan yg betol, sebenarnye lagi bahaya. takot2 tu bisikan syaitan utk kte jadi riak. jgn berhenti mencari dan jgn cepat berpuas hati. teruskan mencari.

  2. IKAN SEPAT

    April 1, 2021 at 1:42 pm

    SETUJU! AWIE BERCAKAP PERKARA YANG FACTS DAN LOGIC!

  3. nani

    April 1, 2021 at 1:39 pm

    Betul tu Awie saya sokong. Malaysia ni dari sudut pakaian dah terlebih2 alim. Sebahyang/puasa je ramai tak buat. Kanak2 sini seawal sebulan dah pakai tudung. Anak2 arab pulak sampai nak remaja baru pakai tudung. Alasan, biarlah budak tu happy dulu jadi budak. Nani sampai umo 10 tahun arwah nenek tak bagi puasa. Alasan, enjoy dulu jadi budak..tak lah esok besar balas balik apa yg zaman budak2 tak dapat buat.nampak tak logik, idaklah ikut buta2.

    • IKAN SEPAT

      April 1, 2021 at 1:45 pm

      BETUL SEKALI NANI! KESIENNNN BUDAK2 KECIK DAH KENA BERSERKUP.. BIASALAHHH ORANG ORANG KITA ADA YG TERLEBIH SUDU DARI KUAH

    • Johan Abdullah

      April 1, 2021 at 10:52 pm

      Kepala hotak korang . Aku nak pakaikan hijab anak aku yg umur sehari korang bising kenapa? Anak aku kan?! Bukan anak korang.. pedulik hapa aku dgn anak Arab umur remaja baru nak start pakai tudung. Arab kat Saudi tu pun ramai yg pemabuk korang ingat Arab semua suci ahli jannah ka?

  4. Anonymous

    April 1, 2021 at 1:35 pm

    sokong awie.. org yg berakal

    • Open

      April 2, 2021 at 2:16 am

      Tengok?? Purak2 alim. Bahasa kalah orang kafir. Sembahyang cukup ke der? Ke ikut-ikutan je fahaman. Hati kosong? “bak lagu siti nurhaliza-luar nampak comey( tutup bagai), dale2 habih kucar lempe”..bahasa melambangkan hati der..ni kat rumah sewa ni semua pakai tudung dating berkepit2, sorang pun tak sembahyang. Ada pun sekali sekala…faham sgt situasi rakyat malaysia…tutup lebih2 tapi sembahyang tak cukup..ini fakta!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama