Sejak kebelakangan ini, ramai juga artis tempatan yang dilaporkan mula mengikuti jemaah tabligh dalam usaha mencari ilmu agama dan mendekatkan diri dengan ajaran Islam.
View this post on Instagram
Tidak ketinggalan untuk diajukan soalan yang sama, penyanyi Datuk Awie,53, berkata dia juga sedar akan perubahan beberapa rakan artis yang mula berhijrah dan mengikuti kumpulan tabligh.
Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menjelaskan bahawa jalan hidup seseorang itu tidak boleh ditentukan oleh sesiapa selain individu itu sendiri.
Namun begitu, bagi penyanyi lagu Iris ini, dia tidak memilih untuk menyertai tabligh namun tidak berniat untuk memperlekehkan usaha individu yang mula berhijrah dengan menyertai kumpulan tersebut.
View this post on Instagram
“Siapa mereka nak tentukan jalan orang. Kalau saya pergi (ikut tabligh) sampai 44 hari siapa nak bagi anak isteri saya makan. Saya bukan nak menyalahkan sesiapa, ikut merekalah nak ikut jalan mana nak mencari ilmu Allah.”
Awie dalam pada itu berpendapat bahawa seseorang tidak semestinya duduk dalam sesuatu pertubuhan hanya kerana ingin mempelajari ilmu Allah namun memilih untuk mencari guru agama dan mempelajarinya secara berhadapan.
Dia juga menegaskan bahawa pendirian serta pandangannya dalam soal ini bukanlah bermaksud untuk memperlekehkan pertubuhan tabligh sebaliknya menghormati setiap pilihan yang dipilih mana-mana individu dalam mencari rahmat Allah.
View this post on Instagram
“Saya tidak membangkang sebab kita masing-masing ada jalan tersendiri (dalam mencari ilmu agama) dan kita perlu menghormatinya. Tak semestinya kita berpakaian sebegini kita taknak jumpa tuhan. Adakah kita perlu iku cara orang luar (Pakistan, Arab) seperti berjanggut, berjubah dan berserban itu baru kita nampak suci?”
Perkembangan lain, Datuk Awie yang baru sahaja menimang cahaya mata ke-6 kini khabarnya mula berjinak-jinak dengan perusahaan makanan seperti sambal yang dihasilkannya sendiri di rumah.
View this post on Instagram
Antara variasi sambal yang mula diniagakan sejak Rabu lalu itu adalah sambal merah, sambal ikan sepat masin, sambal ikan kembung masin dan sambal paru.