September 25th, 2020

Rasanya semua sedia tahu yang pasangan pelakon yang sering digandingkan bersama, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sering saja menunjukkan keakraban mesra seolah-olah sedang bercinta.

Namun, pasangan yang masih bujang ini kedua-duanya menafikan bahawa terdapat perhubungan mesra terjalin antara mereka. Sehinggakan ada peminat di luar sana yang mencuba untuk men’jodoh’kan mereka berdua kerana ‘chemistry’ antara mereka yang cukup erat dan menyakinkan.

View this post on Instagram

Classic traditional dinner with cik bubu ? @uqashasenrose2

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Pasangan yang namanya meningkat naik selepas membintangi drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad, kini mereka digandingkan sekali lagi menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa.

Sering saja menunjukkan keakraban, nampaknya peminat benar-benar meminta Uqasha dan Kamal Adli untuk betul-betul bernikah.

View this post on Instagram

sudah sudah.. kerja nak membeli jeee dia ni.. ? tapi rasa nya lebih kepada membeli ke membawang org perempuan ni? ? @luqmanhere2 #perempuantanpadosa

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Baru-baru ini, menerusi ruangan Instagram, Kamal ada memuat naik sebuah foto lama yang memaparkan dia memegang tangan Uqasha daripada terus membeli kuih di sebuah gerai.

Meninjau ruangan komen, dilihat Uqasha turut meninggalkan komen dan Kamal menjawab kembali dengan nada yang kelakar.

Peminat yang melihatkan perkara tersebut tampil memberi pelbagai reaksi yang rata-ratanya  mendoakan agar mereka ada jodoh antara satu sama lain.

Mengimbas kembali, Kamal Adli sebelum ini pernah digosipkan dengan ramai pelaon wanita namun putus di tengah jalan. Diharap semoga ada jodoh pula dengan Uqasha Senrose. Sama-sama kita doakan.


2 responses to “Kelihatan Mesra Tidak Dibuat-Buat, Peminat Minta Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Berkahwin”

  1. kiss7 says:

    gambar tu macam tgh berlakon aje..yg jual kueh kat blkg tu kan ke bekas penyanyi suara tak sedap dlm group tak berapa laku tu..yg ada anak uncle saidin, abby abadi etc..apatah nama group suam kuku tu saya lupa la pulak.kan sama muka dari tepi, tembam pipi pun sama layutnya..

  2. kurrrr says:

    nmpk mcm kamal jela leh msok ng uqasya ni.. sporting. melawak. ade romantik. so nice la korg. harap korg kwen k. akk jual kueh tu pandang dorg semaciammm

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...