Kelihatan Lebih Muda Daripada Usia, Maria Farida Kongsi Rahsia Awet Muda

Hiburan

Kelihatan Lebih Muda Daripada Usia, Maria Farida Kongsi Rahsia Awet Muda

Pelakon Datin Seri Maria Farida memang cukup terkenal dengan kecantikan dan wajahnya yang sentiasa kelihatan muda walaupun sudah berusia 52 tahun.

1 year lalu

"Jangan Daripada Cantik Jadi Lain!" - Maria Farida Ada Pandangan Sendiri Tentang Pembedahan Kosmetik

Advertisement

Maria atau nama lengkapnya Maria Farida Atienza yang masih aktif berlakon dalam industri dan tidak putus melihatnya di kaca televisyen. Malah, aktres berbakat itu dilihat senang melayan peminat dalam sesi soal jawab yang diadakan di Instastorynya baru-baru ini.

Menerusi soalan yang diajukan di InstaStory, pengikut Maria bertanyakan bagaimana dia menjaga tubuh, rambut, dan kulit memandangkan Maria kelihatan lebih muda daripada usianya.

Advertisement

Segalanya tentang minda. Jika kamu berasa muda dan gembira, ia akan terlihat pada penampilan kamu. Sebab itu kamu perlu sentiasa berpandangan positif dalam hidup dan jangan benarkan perkara negatif memasuki hidup kamu.

Selain itu, pelakon drama Pesona Kasih itu turut berpesan supaya sentiasa memikirkan benda-benda baik, menjaga kesihatan, jangan merokok, selalu menjadi baik dan jangan kuat mengumpat.

Maria Farida

Dalam pada itu, pengikut juga turut bertanya tentang karier Maria sebagai pelakon dan bertanya tentang watak lakonan yang akan  ditolak daripada dilakonkan.

Apa sahaja watak yang terlalu seksi atau mendedahkan diri. Saya hanya terima watak yang saya rasa selesa untuk mainkan.

Sebelum menutup sesi soal jawab, Maria turut ditanya bilakah dia bercadang untuk bersara dari dunia lakonan. Aktres itu menjawab jika industri sudah tidak mahukannya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. ?

    October 28, 2021 at 8:33 am

    cantik mmglh cantik, tp dah tua. seumuran awak smua atau hmpir smua sudah pkai tudung, awak bila lagi? mati bla2 nok..

  2. anonymous

    October 27, 2021 at 9:52 pm

    kalau dah edit filter atok aku pun leh nampok mudo yo dak

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...