“Nanti tulis apa yang betul ya, tak sahih cerita jangan tulis. Terima kasih.”
Itu pesan seorang pelakon wanita kepada wartawan ketika dia dan suaminya diiring masuk ke Mahkamah Majistret, hari ini.
Pelakon drama Nur bersama suaminya dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman untuk membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia yang didakwa melibatkan kerugian sebanyak RM1.5 juta.
Sumber : Harian Metro Terdahulu, pasangan berkenaan ditahan di tempat persembunyian mereka di sebuah madrasah tahfiz di Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pasangan suami isteri itu ditahan selepas satu laporan polis dibuat berkaitan kes penipuan di daerah berkenaan.
Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman.
Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah membenarkan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga meminta ruang siasatan yang telus dapat dijalankan dan orang awam dinasihatkan supaya tidak mengganggu siasatan dengan mengeluarkan kenyataan di media sosial,” katanya.
Azahar berkata, mangsa kes tersebut merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun yang juga pesara ahli perniagaan yang sebelum ini menjalankan perniagaan pembangunan hartanah.
Difahamkan, suspek memberikan akaun bank bapanya serta akaun bank isterinya bagi menerima bayaran transaksi untuk proses mendapatkan lot tanah yang dijanjikan, melibatkan jumlah keseluruhan RM1.5 juta.
Sebelum ini, Harian Metro turut melaporkan seorang usahawan produk kecantikan mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang pelakon wanita bersama suaminya membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Didakwa Terlibat Isu Penipuan, Pelakon Azar Azmi Dan Suami Dilapor Ditangkap Di Kajang?
Mangsa turut mendakwa mengalami kerugian sekitar RM300,000, selain mendakwa terdapat mangsa lain yang mengalami kerugian lebih besar sehingga mencecah jutaan ringgit. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

