Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) sekali lagi menarik perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video bersama pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di TikTok, DSV dilihat berjalan beriringan dengan Aliff selepas selesai menikmati makan malam di sebuah hotel.
Makan malam dengan Aliff Aziz
Video berkenaan nyata mengundang pelbagai komen netizen. Malah ada yang sempat berseloroh dengan bertanyakan sama ada pengacara Roslan Aziz atau lebih mesra dipanggil Cik Lan, tidak merasa cemburu melihat kemesraan mereka.
Antara komen netizen;
Cik B ready duduk tengah time sanding.
Cik Lan tak jeles ke tu.
Dah macam bodyguard Dato’ Vida.
Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Bella Astillah pada 9 September 2016 sebelum sah bercerai pada 13 Jun tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Aliff sebelum ini juga pernah terpalit kontroversi apabila ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.