Keldai Dadah Berusia 16 Tahun Antara Termuda Diberkas Polis

Kehidupan

Keldai Dadah Berusia 16 Tahun Antara Termuda Diberkas Polis

Jenayah dadah membawa padah!

Polis menahan sembilan lelaki dan antaranya berusia 16 tahun dalam empat serbuan berasingan kerana dipercayai terbabit mengedar dadah di kawasan Felda sekitar Jerantut.

Advertisement

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Khamis, kegiatan mengedar dan menagih dadah semakin berleluasa di kawasan Felda dan empat serbuan itu dilakukan di Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Lepar Utara.

Tambahnya, pihaknya menahan remaja itu di Felda Tekam Utara dan menemui dadah jenis heroin seberat 161.2 gram (g) dan syabu seberat 11g yang dianggarkan bernilai RM6,480 di belakang rumah suspek.

“Remaja tidak bersekolah itu ditahan untuk siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kemungkinan didakwa di bawah Akta Juvana memandangkan dia masih di bawah umur”.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut. Serbuan dilakukan bermula malam 2 Mei dan berakhir 8 pagi semalam dan sembilan ditahan itu berusia antara 16 hingga 62 tahun.

dadah

“Remaja yang tidak bersekolah itu bersama tiga yang lain positif dadah setelah menjalani saringan ujian air kencing”.

“Tiga orang daripada ditahan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang jika disabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori”.

Pihaknya merampas syabu seberat 70.13g, heroin (200.2g), ganja (3.81g), 23 liter air ketum dan daun ketum seberat 1.63 kilogram dan kenderaan dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM26,107.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...