Written by AbangNara | June 16th, 2014

Abang Nara ialah salah seorang daripada peminat makanan Korea. Iyerlah, dulu pun belajar kat Korea jadi bila balik Malaysia nie, rindu pulak nak makan kimchi chige, sundubu, dan ramyeon. Nasib baiklah kat Malaysia ini restoran makanan Korea sudah semakin banyak. Salah satu restoran Korea kegemaran Abang Nara ialah Bulgogi Brothers.

bulgogi brothers

Abang Nara dan wife kalau pergi makan Bulgogi Brothers pasti akan order kimchi chige dan juga BBQ. Sedap menjilat jari. Jadi apabila mendapat jemputan untuk mencuba menu terbaru iaitu Korean Burgers daripada Bulgogi Brothers, memang terus Abang Nara bersetuju. Semasa memandu ke Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Abang Nara cuba meneka jenis burger yang akan dihidangkan. Dalam hati Abang Nara berkata “mesti ada burger kimchi” nie.

bulgogi brothers

Sambil menunggu burger siap dimasak, Abang Nara dan para blogger lain menikmati “side dish” yang disediakan terlebih dahulu sambil mendengar penerangan daripada Mr. Raymond, yang merupakan Marketing Director Bulgogi Brothers. Menariknya Bulgogi Brothers adalah restoran Korea pertama yang menampilkan burger di dalam menu mereka. Ada 4 jenis burger kesemuanya dan kesemuanya menggunakan ramuan asli yang sering didapati dalam makanan Korea seperti kimchi, jeruk kobis, gojuchang (pes cili Korea), sayuran segar, telur goreng gooey dan semestinya, bulgogi (daging lembu yang diBBQ). Dengar pun dah kecur air liur dibuatnya. Kami juga dimaklumkan yang setiap Korean Burgers dihidangkan dengan sos dan juga ‘home made sweet potato chips’.

bulgogi brothers

Dan apabila Korean Burgers Bulgogi Brothers yang pertama iaitu Bibimbap Burger membuat kemunculan, memang hampir-hampir meleleh air liur ini dibuatnya. Diinspirasikan daripada makanan popular Korea iaitu Bibimpap, burger Bibimpap ini dipenuhi dengan telur goreng, lobak merah, dan paling penting, patty daging lembu yang dibuat khas hanya di Bulgogi Brothers. Memang tak nampak macam Bibimbap, tetapi rasanya memang sebijik. Kalau anda suka Bibimbap, anda pasti suka dengan kelazatan Bibimbap Burger ini.

bulgogi brothers

Yang ini adalah favourite Abang Nara. Kimchi Burger yang penuh dengan kimchi, makanan tradisional orang Korea. Nampak macam pedas kan? Jangan risau kerana Abang Nara yang jenis tak tahan pedas pun boleh makan. Tak adalah pedas mana pun. Ini kerana rasa pedas kimchi itu telah dineutralkan dengan lapisan cendawan, sayuran segar dan juga daging patty daging lembu Bulgogi Brothers. Apabila Abang Nara memakan Kimchi Burger ini, kesemua kenangan ketika belajar di Korea menerjah minda. Sedap sangat-sangat kimchi yang digunakan. Abang Nara yakin peminat kimchi pasti akan suka burger ini.

bulgogi brothers

Spicy Gwangyang Burger nama diberi, yang ini memang pedas sekali. Abang Nara tak mampu nak makan banyak burger ketiga daripada Bulgogi Brothers ini. Namun dalam kepedasan Spicy Kwangyang Burger ini, ada rasa manisnya. 2 daripada 4 blogger yang hadir telah memilih burger ini sebagai burger kegemaran mereka. Korang kalau suka pedas pun confirm akan suka burger nie. Patty daging lembunya telah direndam ke dalam sos BBQ pedas dan apabila dilengkapi dengan bawang, cendawan, dan cheese Amerika, rasanya memang padu!! Pastikan anda penuhkan cawan dengan air terlebih dahulu sebelum memakan burger ini. Hehehe.

bulgogi brothers

Abang Nara suka Unyang Burger yang merupakan burger terakhir dalam menu Korean Burgers Bulgogi Brothers kerana ada kentang rangup yang dikisar halus di atasnya. Memang jadi pelengkap rasa. Dan kalau anda penggemar daging, ini adalah burger paling sesuai untuk anda kerana dagingnya yang tebal. Walaupun sudah kekenyangan kerana memakan 3 burger sebelum ini, Abang Nara masih mampu menghabiskan Unyang Burger ini sebab rasanya yang unik. Gabungan rasa keju Amerika, bawang, kentang rangup dan dagingnya memang perfect.

bulgogi brothers

Begitulah kelazatan, keenakan dan keunikan rasa 4 Korean Burgers daripada Bulgogi Brothers ini. Harganya pun tak mahal sangat iaitu bermula daripada RM22.90 sehingga RM28.90. Akan mula berada di dalam menu pada 16 Jun ini (hari ini), korang boleh cuba rasainya sendiri kesedapannya di Bulgogi Brothers yang kini memiliki 4 cawangan iaitu di Paradigm Mall, [email protected], Pavilion KL dan juga Midvalley. Abang Nara berani jamin yang sekali anda cuba, pasti nak rasa lagi. Bila anda di sana, jangan lupa sebut nama “BeautifulNara” untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10% (hanya untuk pesanan Korean Burgers sahaja). Tawaran istimewa ini sah sehingga 30 Jun je, jadi kenalah cepat-cepat pergi.
bulgogi brothers

Kalau ada sebarang pertanyaan atau mahukan informasi lanjut, boleh terus ajukan sebarang soalan di Facebook Bulgogi Brothers Malaysia dan di www.bulgogibros.com.my. Abang Nara hujung minggu ini pun nak ajak wife cuba salah satu daripada Korean Burgers ini di Bulgogi Brothers. Kalau terjumpa nanti jangan segan nak tegur. Jumpa di sana!!!

120 responses to Kelazatan Korean Burgers Daripada Bulgogi Brothers

  1. SAYA says:

    Halal ke?

    0

    0
    • Ketty says:

      ya ,halal,ayah saya ni kenal dengan orang dalam …danging yang digunakan adalah halal dan tak de alcohol digunakan…:)

      0

      0
      • KoKo says:

        kalau free….semuanya jadi gemar dan sedap saja. cuba kena bayar 40 henggit duit sendiri, baik aku makan ikan bakar di Kg Baharu.

        0

        0
        • BUNKFACE NO.1 says:

          Abg Nara… pehal roti burger dia kaler hitam ?
          kimchi burger tu nampak sedap tapi roti tu kaler hitam buat selera aku terbantut sebab aku terbayang roti tu arang batu

          0

          0
        • BUNKFACE NO.1 says:

          cakap pasal halal kan…kat area rumah aku ader 2 restoran jepun, satu tu memang halal…yg satu lagi tu aku x confirm halal ke tak sebab tak ada logo halal, so aku x berani nak masuk tapi terliur jugak kan bila lalu kat situ…cermin dia jenis trasparent, so boleh nampak makanan dari luar. Jakim kena aktif sikit lah check restoran jepun, korea ni…kalau x halal..suruh lah dorang WAJIB tepek “tak halal” kat depan. Kat area rumah aku tu dia tak tepek pun..so x tahu halal ke tak, nak pergi tanya…malas aku sebab tak tahu jawapan yg dorang akan bagi tu jujur ke tak.

          0

          0
        • kiki says:

          kesian nya x tau roti tu..namanya charcoal bread…aku orang felda(yg slalu org kutuk2 kolot kat blog ni) pon penah makan…kat kdai kek x berjenama kat bandar aku pon ade jual..

          0

          0
        • halalan says:

          Kalau tiada tanda halal, aku xkuasa nak makan. Kalau xnak solat pon, pastikan pa yg kau makan tu halal. Darah daging, keurunan.

          0

          0
        • koreansss says:

          Kalau tiada tanda halal, aku xkuasa nak makan. Kalau xnak solat pon, pastikan pa yg kau makan tu halal. Darah daging, keurunan.

          Perghhhh tak solat x pe. perghhhhhhhh.. padahal tu yang kne soal dulu kat akhirat kang.. membuncitkan perut aje kau tau ye

          0

          0
        • BUNKFACE NO.1 says:

          @kiki
          aku pernah tgk roti mcm ni tapi aku tak pernah rasa nak makan sebab tu aku tanya.
          Aku x makan sebab x selera kaler hitam.

          0

          0
        • kiki says:

          rase roti la…rasenye x de beza dgn roti putih..cume kaler je..

          0

          0
      • lala says:

        kalau halal kenapa takde cop halal jakim. halal bukan sekadar daging aje darpada sumber halal, tapi perkakasan dapur, stok2 lain, semua pun perlu bersih suci lagi menyucikan

        0

        0
      • halalan toiyiba says:

        SEKADAR TIADA BABI DAN TIADA ALCOHOL BUKAN BERMAKNA MAKANAN ITU HALAL..konsep halal adalah jauh lebih besar dari apa yg kamu fikirkan..Kalau penggunaan bahan penyediaan makanan punya DNA babi? Itu menjadikan keseluruhan makanan di situ tidak halal..periuk / peralatan memeasak juga tidak boleh diguna memasak sesuatu yg tidak halal (kawan saya seorang lelaki cina, tukang masak di sebuah restaurant yang tidak mendapat status halal jakim namun ramai melayu Islam makan disana (setahu saya satu KLCC termasuk restaurant masakan melayu kepunyaan melayu pun tiada sijil halal jakim)..to my surprise, dia masak babi selepas tamat waktu bekerja, hanya untuk dia dan pengurus restaurant makan..pekerja lain semua sudah pulang..pernah saya datang berjumpa dengannya dan dia sedang masak, namun saya tidak dibenar makan sebab daging yg dimasak adalah babi..saya mmg terperanjat..PEMAHAMAN KAWAN SAYA SI TUKANG MASAK DAN PENGURUS RESTAURANT ADALAH SELAGI TIADA MENU YG BERASASKAN DAGING BABI MAKA MAKANAN DIMASAK / DIHIDANG ADALAH HALAL..saya perbetulkan fahaman songsang tersebut kerana mereka non-muslim dan tidak faham konsep halal..PERALATAN MEMASAK YG DIGUNAKAN MASAK BABI TERSEBUT TIDAK BOLEH DICAMPUR ADUK DENGAN PERALATAN MEMASAK MAKANAN YG DIHIDANG BUAT PELANGGAN..tapi saya percaya mereka masih melakukan perkara yg sama..sebab sewaktu saya menerangkan kepada mereka, mereka byk sgt alasan dan memandang saya sinis..adakala juga mereka bercakap dalam mandarin..jadi apa yg perlu saya buat hanyalah SAYA TIDAK AKAN JEJAK KAKI KE RESTAURANT MEREKA LAGI, DAN SAYA MENYEBARKAN KEPADA RAKAN DAN SAUDARA MARA TERDEKAT..secara umumnya, jika owner dan tukang masak adalah non-muslim, maka kita perlu elak dari makan di restaurant tersebut..seolah2 kita makan di kedai makan cina/india seperti kedai itik gantung..tiada bezanya..

        0

        0
        • Orkid Indah ... says:

          Sy sokong @halalan toiyiba…. sbb ini pernah berlaku di tutttt …. owner f & b bisnz ni ambil chef bkn Islam utk bekerja. Dia masak daging babi utk dirinya lps habis waktu keje … dia kata bkn dia masak utk pelanggan pun … hnya utk dirinya. Silalah fikir wahai pengguna islam, mrk tdk tahu GARIS PANDUAN HALAL DLM ISLAM. Ada tu caught rite handed tp tak mengaku. Dia masak daging babi utk dirinya & kene buang keje. Kebanyakkan buat senyap2. Owner bisnz F&B sila berhati2 memilih pekerja bkn islam. Ada yg mmg degil wlpn sudah di beritahu …

          0

          0
    • Milly says:

      ya halal,ayah saya ni kenal dengan orang dalam…daging yang digunakan adalah halal dan tiada alcohol sama juga dengan mcD kan?

      0

      0
    • ZUL says:

      HALAL KE? DAGING SEMBELIH KE? ADA GUNA ALKOHOL TAK? ADA DNA BABI TAK KAT MANA2 MEAL DIA?

      0

      0
    • abang yang tak bangang says:

      abang nara muka jawa mana boleh makan korean food.

      0

      0
      • Orkid Indah ... says:

        @abg yg tak bangang … bg sttmnt sngt bangang … entnk bangsa jngn di main2kn. Menyentuh isu sensitiviti etnik di msia.. Apa ingt keturunan Jawa tu tak berpelajaran mcm sttmnt awak ke … mrk duduk dlm hutan ke ?. Tak tahu makan korea. Btw sy bukan keturunan Jawa pun. Sy ramai kwn ethnk jawa & mrk jg baik. Sy tak suka org yg menghina bangsa & keturunan kecuali bangsa zionis laknatullah & fahaman komunis. Mrk merasa diri mrk bagus dr org lain dngn suka” menghina” & menindas org.

        0

        0
      • milah says:

        ko ni dah kenapa? dia muka jawa pun, dia dulu belajar kat Korea.. dari ko sampai korea pun xpernah, nak mengata org..

        0

        0
    • minah jambu merah biru hepening says:

      Bulgogi ? emmmmmmmm memang sedapppppp sampai meteair jalan ngan minah lain depan mate pon tk Nampak sedap nyeeeeeeeeeeeeee ! memang la halallllllll kalau tk halal tkan bang nara bergambar nk letak kt blog dia GOBLOK huh !!

      0

      0
    • jiwahatibaik says:

      burger tu macam taik keling je ? suka la ko makan kan Nara?? sodihhhhhhhhh

      0

      0
    • mimi says:

      yang orang confirm halal and main makan je kat malaysia ni walaupun takde sijil halal adalah kedai nasi campur. kalau kedai2 selain nasi campur dan lain2 berkaitan, sila dapatkan sijil halal.

      0

      0
    • hany says:

      patutla jumpa abg nara ms ni kat paradigm..rupa2 ada launching product baru ..blh try ni.. best2 :)

      0

      0
    • Bagus soalan ni, syabas!

      0

      0
    • yahanana says:

      tukang promote makanan kena pastikan makanan tu betul2 halal la baru berani promote, kalau tidak eee tak tau la aku nak bayangkan..kalau dah berjuta org makan sbb terliyo dan yakin sbb tengok promosen dari org muslim jgak.. bukan nak fitnah tapi cuma nak remind jer… skg ni pon ade logo jakim pon belum tentu halal der… belajar2 lah dari kisah zmn skg …..

      0

      0
    • belajar dari blogger terbaik…
      insyalah dah link kat blog kita
      tq

      0

      0
  2. LESONG says:

    x mahal ko kate nara???
    ceehh!
    kalo rm22.90 tu bole dpt 5 ketol bege korea xpe gak..
    ni kalo seketol rm22.90, baik aku beli kt stall bege tepi jln.
    lbh dr 10 ketol dah bole dpt.
    kenyang pun kenyang…
    hati pun gumbiraaaa~!

    0

    0
    • moi says:

      Ape masalah ko. Itu terpulang pada sesiapa yg nak makan. Mahal tak mahal, ikut selera masing2 la.. kalau resepinya bagus, sedap, lain dari yg lain, sepadan la harganya. Seperti sepadannya burger tepi jalan dgn apa yg kita dapat.
      Persoalannya, HALAL tak burger ni bang Nara??

      0

      0
      • LESONG says:

        ape masalah ko..? terpulang pd aku la nk komen ape pon.
        komen ditujukan utk nara. bkn ko.

        0

        0
    • minah jambu merah biru hepening says:

      kalau mahal ponnnnn sebulan skali time dapat gaji tu gi la makan bulgogi tu…..tkan sebulan sekali pon tk mampu nk beli !!! ni mesti jenis pelokek ni..nk makan untok diri sendiri pon lokek ke !!!

      0

      0
      • LESONG says:

        aii minah….yg ko sentap tetibe ni pehal?
        komen tu utk nara.
        bkn utk ko.
        yg ko sibuk tu kenape?
        agak kalo ko byk duit, ko pegi la mkn bege tu smpi muntah hijau.
        komen ko mcm blagak nk mampos je aku bace.

        0

        0
        • minah jambu merah biru says:

          hahahahahahahahahaha jangan la mareeeeeeee hehe minah jambu ni wakil dari pehak bang nara untok kasi jawapan nyeeeeeeeeeee huh ! kalau tk caya tanye la bang nara sendiri huh !!

          0

          0
        • Orkid Indah ... says:

          Sy tak rasa komen minah jambu berlagak mcm nak mampus spt awk ckp tu .. biasa jer. Klu kita jns spesis budget … mostly org yg berkemampuan tdk berkata spt awk. Malah x perlu kaya utk menikmati burger diatas, sesiapa pun blh makan sekiranya berminat. Tunggu masa dpat gaji. Tak perlu komen perbezaan burger tepi jln dngn burger di atas. Selagi SOHIH makanan itu HALAL maka makan lah. Kdg2 org makan bkn utk isi perut shj. Ada yg mencuba merasa makanan & ambiance utk tahu culture ng msyrkt lur ng. Scara tdk langsung boleh menambahkan pengetahuan. Jngn menampakkn cara pemikiran sempit krn kedangkalan ilmu wlpn ia di tuju kpd nara seorng tp di baca beribu2 org. Simpan sedikit kekurangn diri dngn tdk menampakkan tahap pemikiran tersebut. Tidak salah jk berminat utk mncuba wlpn hnya sekali shj selagi makanan itu halal.

          0

          0
        • LESONG says:

          Orkid Indah, skrang awk nk ckp level pemikiran awk luas, mantap dan bagus?
          ok, sile kan…
          awk pegi mkn bege kt situ smpi muntah hijau ye..
          awk byk duit kan?
          pegi laa rasa makanan utk tahu culture masyarakat luar negara.
          dah rase, nnt komen kt sini ok.
          awk kan pandai berkata kata. harus la komen.
          jgn lupe ye.
          k bye.

          0

          0
    • BUNKFACE NO.1 says:

      RM 22.90 kau kata mahal ? tak paham aku…aku rasa RM 22.90 tu dah murah bagi restoran macam ni. Aku ulang ni restoran !!! bukan gerai tepi jalan. Ader restoran lebih mahal drpd ni tapi makanan dia ciput.. so kira ok lah ni burger RM22.90 utk RESTORAN.

      0

      0
      • LESONG says:

        ko budak kecik, ape tau?
        baru nk hidup je budak2 mcm ko ni.
        duit mak bapak yg hulur lg nk komen blagak mampos.

        0

        0
        • BUNKFACE NO.1 says:

          hellooo pak cik…aku ni hidup dgn duit aku sendiri, aku yg support mak ayah aku. kalau pak cik rasa RM29.99 tu mahal…ikut suka kau lah pak cik.
          macam aku..aku selalu jugak makan kedai mamak, makan gerai tepi jalan. Kalau aku dapat gaji…aku ajak lah mak bapak aku makan tempat yg best2..dgn mak ayah tak payah nak kedekut sgt lah kan. Sekali sekala bukan selalu. tapi aku akan pastikan kedai tu HALAL.

          0

          0
        • LESONG says:

          laaaaa…yekeeee dikkkkkkkk….
          ok..nnt ko dpt gaji, ko bwk la mak ayah ko gi mkn bege yeee……

          0

          0
  3. nora says:

    bukan ke xhalal bulgogi brothers ni?

    0

    0
    • izza says:

      setuju dengan nora.
      aku rasa tak halal..
      sebab kat pavi ni ade jugak..terang2 tulis non-halal…

      confius den..

      0

      0
  4. Anonymous says:

    napa nk pertikaikan..mungkin di pavi x halal
    yang di sini di olahkan balik resepi jd halal..

    0

    0
    • bb says:

      of course la org pertikai kan ni soal halal n haram dik non oi.. bukan nya boleh main sebat jer..

      0

      0
      • Shhh says:

        betul..sejak cadbury da dna babi..walupun dh disahkan halal..skrg ni aku rasa ramai yang nak hancur islam itu sendiri…baru ni kes pasal bihun…guna lambang masjid untuk packaging dia…ini semua nak menghancur kan islam skrg…dari bab makanan, bab politik..ada je org nak pecah belahkan agama…aku tak kira mkanan dri korea ke(sbb mmg tk minat korea), aku nak cri yang halal…lbh baik aku buat sendiri burger…burger ramli lagi sedap…

        0

        0
      • minah jambu darah dh naik says:

        ni lagi satu punye GOMLOK nk mampos !! helo ! memang betol ape yg kau cakapkn tu cik bb tapi kau ni macm tk paham ke atau eksen tk paham ngan eksen tk tau ape2 ? kalau ape2 soal makanan dh masok kt blog bang nara ni itu bermakna makanan tu halal la boleh di makan !!

        0

        0
        • tui says:

          Yg poyo sgt minah jambu ni nape? Blog si nara ni jakim ek yg ko ckp klo dh masuk blog ni sah2 halal? Even jakim pon xleh nak caya sgt. Tui

          0

          0
        • bb says:

          minah jambu nie pandai nya la, dah la pandai cerdik pulak tu.. tak kan la ko nak jadikan nara tu sebagai rujukan halal ko plak.. pandai tak boleh di ajar la ko ni harap jer jambu tapi bodoh piang..

          0

          0
        • makjemah says:

          ape kes laa awk ni dok memperbodohkan org dri td.. citenye skrg ni awk sure ke btul2 yg smue bnde kuar dri blog ni konfem halal? haihh.. ni lah masalah orang melayu Islam. tengok orang tu melayu Islam tu makan kat situ, kire halallah wlaupun still kategori syubhah sbb tak de sijil halal jakim lgi. status halal bukannya diukur melalui bile kte tgok orang Islam tu makan , oh confirm halal sbb dye makan.

          0

          0
  5. Anonymous says:

    Olah resepi?? franchise outlet ptut semua di standardized.. dari resepi n sumber makanan tuu… lau satu haram semua haram la… ngehh

    0

    0
    • rapunzel says:

      btol la olah resipi dik non…. kau igt mcD 1 dunia ke halal…??? nmpk sgt ko xtau.. silap haribulan ko p overseas ko main masok jer mcD kan… sbb ko pk mcD malaysia halal jd kt mn2 pon halal la…

      0

      0
      • Anonymous says:

        bengong…. lau mcd thailand ad burger babi.. malaysia kn x d… mksd standardized tuu mngikt negara… malaysia, malaysia r…. lau ko g jepunn mmg la x sme ngn malaysia.. bingaiii… lau tak pham x yah membahas

        0

        0
        • 777777777777777777777 says:

          sorry, aku rasa kau yg bingai kat sini..when u refer to a company like McD yang ada franchize di seluruh dunia, standardized would mean all of McD outlet all over the world..thats why when we travel overseas, we’ll see different set of menu according to local taste..but there are also standard menu like cheese burger, etc..BUT AGAIN, we have to think further..in a non-muslim country, no body care abt halal..to fry a burger, we need oil..then to prepare the burger we need sauce, cheese, etc..how sure are we the oil does not relate to pig? the sauce? the cheese? So, if we are not sure abt halalness of a product, we ignore this kind of places overseas..

          0

          0
  6. mak mah isteri orang says:

    susah betol nak carik makanan halal sekarang ni, baik kite ramai2 makan ubi rebus cicah sambal buat sendiri sah2 halal!

    0

    0
  7. neymar i love u ola ola says:

    Itu baru harga makanan 22.9 + minuman 8.9 + serv tax + govt tax total up hah berapa …maunya dekat 40 …

    0

    0
  8. AISYAH says:

    Halal ker? mana pengesahan jakim? sebagai orang Islam kita harus ambil tahu satus ap yg kita makan, bukan men bedal jer

    0

    0
    • ntahpape says:

      pegesahan jakim skrg pn menakutkan.. yg x halal dikatakan halal.. tp x berani makan..

      0

      0
  9. ali says:

    hati2 ye semua..jadi darah daging nanti..hope kedai ni boleh dapatkan halal yang sah dgn segera.

    0

    0
  10. Joyah Pok Pek says:

    Bulgogi Brother ni bukan tak halal ker/ Tiada pun sijil halal in fact siap tulis non-halal lagi di Mid Valley dan Pavillion..saya makan di Dubu-dubu Restoran sahaja sebab da sijil halal..yang lain was2 better jangan..wallahualam

    0

    0
    • minah jambu darah dh naik says:

      kalau dh di jual kt Malaysia dh tentu la halalllllllllllll ! kalau dh ada penjual orang malayu bertudong tk payah la nk letak sijil halal lagikkkkkkkkkkkk !! lain la orang bangsa lain yg jual itu nk kena letak sijil halal !! bila cakap bodoh tau pulak marah GOBLOK !!

      0

      0
      • minah pink says:

        bukan semua makanan dkt m’sia halal lah..kau igt asal yg jual pkai tudung tu halal ke? kat area rumah aku minah indon (pekerja) pakai tudung jadi helper kedai mee kari taukeh (cook) dia bkn islam bkan halal pun..kalu ckp bab pakai tudung semua org boley buat..tu yg mntak sedekah dkt pasar mlm bkn islam pakai tudung just nk cover apa yg dia buat senang je..jgn main sebat jetambah2 bab franchise ni lg la jah oii..

        0

        0
      • tumpul says:

        minah jambu darah dah naik,

        kenapa kau bodoh sgt ye? mungkin byk sgt makan yg tak halal..ye laa..babi panggang pun jual kat Msia..so halal la pada kau kan..BEBAL TAK BOLEH AJAR KAU NI..menyamar Islam pun agak2 la..bebal kau tu menampakkan sgt kau bukan Islam..bodoh!

        0

        0
      • gelanggetah says:

        kah3.. kelakor sungguh statement mung nim.. bahahahaha.. kire kalau orang kafir pakai tudung kire halallah? wlaupun dye serve babi/arak? pfftt..

        0

        0
  11. jakim says:

    ape nak heran,kedberi pon JAKIM leh main tarik tali.hahahaha

    0

    0
  12. pzzzzz says:

    pe kesah ngn nara….dia asal korea product je semua dia balun…..k-pop katekan…halal ke tak halal tu nanti abg nara check ngn jakim.kite tungguuuuuuuuuu…

    0

    0
    • ajwa says:

      apa kena mengena dengan kpop ? -…-

      0

      0
    • lulu says:

      @pzzzzz
      apa benda kau ni ?? ni bukan kpop lah…kpop tu lagu.
      asal product korea jer di cop kpop.. tak tahu maksud kpop pergi lah google yer :p

      0

      0
  13. KANGgaryfan says:

    Looks good.. pretty decent menu, ambience pon macam gerek.
    Thanks for sharing A.Nara

    0

    0
  14. lalala says:

    Setahu pakcik Bulgogi Brothers ni daging dia tak halal.Pakcik kalau dapat tahu ada babi dalam makanan tu ,pakcik betul palang tempat makan tu
    -kata Encik Mahmud yang ditemui selesai membeli nombor ekor di kawasan Klang.

    0

    0
  15. Pocoyo says:

    Hello Abang Nara. Kalau ya pun dapat duit sebab buat iklan ni please make sure it is HALAL or not. If I am not mistaken this place is NON-HALAL sebab kalau pergi cawangan Mid Valley tu depa takde pun display logo HALAL. Orang Melayu asal K-Pop main taram je. Sensitive lah sikit… Haiyaaa…

    0

    0
  16. Ada halal dari jakim ke ni.Kena sahkan dulu baru boleh makan walaupun nampak cam sedap.

    0

    0
  17. hhmmmmm says:

    Bulgogi belum dapat sijil halal..bila ditanya pasal halalnya ini jawapan di facebook mereka (jawapan dipetik dr tarikh 16 April 2014):

    We are Muslim-friendly and still in the midst of acquiring our halal cert. Right now, we do not serve pork or alcohol in all Bulgogi outlets. Also, all our meat and poultry come from Halal vendors.

    Nak makan atau tidak..pilihan di tangan kita…cuma bila bertanya atau ingin kepastian jagalah adab kita esp. yang Melayu nie..

    0

    0
    • singgahsebentar says:

      Nak dapat sijil Halal mmg makan masa lama…pokoknya takde serve pork and alcohol, bersih dan daging dari vendor halal…ok la tu..mmg makan masa lama nk dapatkan sijil tu…I know coz my aunt has been trying to get her halal certs for her resto for ages! Jakim tido ke aper?

      0

      0
    • Anonymous says:

      mungkin xdpt sijil halal psl ada jual arak..sbb benda2 ni semua jakim tgk..sbb tu restoran TGI Friday’s, Uncle Chilli’s pun mana ada sijil halal sbb ada jual arak..tp ramai je org2 Islam dok mkn kat dlm tu..

      0

      0
      • mencariyanghalalitufardhu says:

        sushi king pun sme.. mne ade dpt sijil halal.. sbb dorang ade serve nasi yang diletakkan mirin (alkohol utk nasi) .. tpi rmai je org islam makan kat situ

        0

        0
  18. pink says:

    Halal ke x halal ke aku tgk burger ni skit pn x terliur

    0

    0
  19. anon says:

    Korean mmg nak conquer dunia betol……dari entertainment (drama2 & filem), teknologi (kereta2, telefon….etc)….ni makanan pulak. Nasib baiklah aku tak minat satu bende pun pasal korea ni. Tapi ape2 pun baguslah jugak, at least takleh negeri barat je control everything. Skrg ade persaingan dah…

    0

    0
    • Shhh says:

      yelah aku keja kat mont kiara…semua nya restoran korea poning den..org melayu dh bungkus….asik kena makan kat kedai mamak…

      0

      0
  20. Anonymous says:

    lantak kau la nara nk mkn ape pon..ade akal pikir la sendiri.

    0

    0
  21. Crumpler says:

    Kalau aku, aku makan walaupun belum dapat pensijilan halal sbb tempat tu tak serve alkohol, tak serve pork dan daging yang digunakan adalah daripada vendor halal. Kalau prosedur memasak adalah bersih dan teratur, premis bersih – apa lagi isu yang menjadikan makanan tersebut kita tak boleh nak consume? Sebab yang memiliki dan yang memasaknya bukan Islam? Agaknya kalau korang ke campak kat negara yang bukan majoriti Islam, mesti korang mati kebulur, kan? “Epp….. Sayur dan ikan tu jangan makan sbb takde pengesahan halal Jakim…” Er, nombor ekor boleh pulak korang tibai yek?

    0

    0
    • pzzzzz says:

      kesian ko…msing2 punyer hak, suke ati la nk mkn ke tak. ko susah ke?

      0

      0
    • x says:

      aku duduk overseas lama, tak pulak berfikir mcm kau..mencari yg halal itu wajib bro..cara kau berfikir sebijik mcm kawan2 aku yg lahir non-muslim..bagi mereka, selagi dalam makanan tu takde daging babi, takde daging anjing maka ianya halal..hello!! kalau kau makan ayam, tapi ayam tu dikeluarkan oleh company Tan Ah Kau, whereby dia tetak aje leher ayam tu instead of sembelih cara Islam, halal ke tu?? kalau tak serve alcohol pun, kau pasti ke takde arak dalam makanan? makanan byk juga yg dimasak dengan arak, esp daging..daging dari vendor halal? apa kau tanya ke mana restaurant tu beli daging? come on! logic la sikit! premis bersih dan teratur tak menjanjikan halalnya makanan dia..tuan punya dan tukang masak bukan Islam la sepatutnya kau was2 !!..sebab bila owner dan tukang masak non-muslim, dia pedulik ke penggunaan bahan2 masakan yang halal? kalau digunakan bahan masakan yg ada babi macam mana? atau misalnya dia jual soto, tapi sup soto tu dia gunakan tulang babi sebagai penyedap, halal ke?? atau dia guna perencah2 yg mengandungi babi, halal ke?? tolong lah tingkatkan bacaan apakah kegunaan babi dari bulu dia sampai ke tulang som2nya dalam makanan dan pembuatan..jgn hanya menyalak tapi kosong..sbb menampakkan kebodohan sendiri..dan aku ingatkan semula ye, mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.

      1

      0
  22. kreatif burger ni..perlu dicuba..hopefully rasanya sesedap decoration..hoho

    0

    0
  23. yatt says:

    Di jamin sedap, tapi di jamin HALAL ke? Jaminan HALAL hanya dpt di di iktiraf oleh pihak JAKIM.. Ada HALAL simbol dari JAKIM baru boleh nak jamin sedap ke tak..

    0

    0
    • wolf says:

      jakim skrg ni bukan boleh percaya…tgk isu cadbury tu, jabatan kesihatan check ada ****, bila jakim check tak ada…so jakim kata halal <<< seriously ??? memang aku tak kan makan dah cadbury tu

      0

      0
      • Anonymous says:

        kalau xpercaya jakim, nak percaya siapa lg? fahami prosedur, baru paham kenapa jakim kata tiada babi dalam cadbury tu.

        0

        0
        • kurma says:

          yang peliknya. kenapa kementerian kesihatan check ada dna bab” ?
          nak bg alasan tercemar tercemar ? mcm mana benda tu boleh sampai ke kilang pembuatan ? bagi non muslim..memang dorang letak benda tu dalam coklat utk sedapkan lagi coklat.
          perlu di ingat…dah banyak premis jakim tarik sijil halal, ikut prosedur lah sangat !

          0

          0
  24. selipargetah says:

    abang nara. Im trying to open the website provided tapi tak dapat. Lepas tu, cari rupanya http://www.bulgogibros.com.my bukan bulgogibrothers lah.

    0

    0
  25. SAYA says:

    Jangan ambik mudah bab halal haram ni. Nara ni sapa? Nak percaya kata dia bulat2? So jgn lah marah bila org tanya halal ke tidak. Kami hanya menjalankan tanggungjawab kami sebagai saudara seAgama..yakni saling mengingati.

    0

    0
    • minah jambu merah biru hepening says:

      dh tentu la sebelom bang nara keluarkn kt blog tentang ape2 yg ada kena mengena ngan makanan dia akan siasat duluuuuuu …kalau dh betol2 halal baru lah dia akan keluarkn kt blog dia suroh korang2 semua gi try makan beger bulgogi tu pahammmmm….kalau bang nara tk siasat benda tu halal ke takkkk pastu tu suroh korang gi makan dh tentu bang nara tkan masok syurgaaaa neraka la jawab Nye tol tk bang naraaaaaaaaa ?????? bang nara !!!!!!!!!!!!!

      0

      0
      • jgn bangang sgt laa says:

        nara hanya kutip hasil dari iklan yg dibuat..susah sgt ke kau nak paham???? kau fikir dia pedulik ke halal ke tak?????

        0

        0
  26. Keturunan Nabi Adam says:

    Ni sumer poyo…haktuihhh

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Dahsyat selera abg Nara ni

    0

    0
  28. melati says:

    Ni semua kena tanya Jamil…halal ker tak? Jamil tu auta jer..

    0

    0
  29. Yana Afi says:

    Dah lama teringin nak try Bulgogi Brothers ni. Tapi kalau pergi kedai dia, kat depan kedai xde tulis Halal Jakim. So, was² nak masuk. Mungkin produk yang dia guna halal, tapi kedai ni bukan pemegang halal Jakim rasanya..sbb sy check kat e-halal pun mmg xada.

    *Kalau salah tlg betulkan.

    0

    0
  30. wahedenator says:

    bape lame da post ni kat top
    berape abg nara dpt payment ni?
    lol

    0

    0
  31. Keturunan Nabi Adam says:

    Ni sumer poyo…haktuihhhhh

    0

    0
  32. milah says:

    apehal la korang..

    sebelum komen tu pikir dulu..
    xde tanda halal tak semestinya tidak halal..
    JAKIM sndri ckp, tanda Halal tak diwajibkan pun di Malaysia..
    Kalau pengusaha xnak mohon JAKIM xboleh saman atau dakwa..
    yg JAKIM boleh dakwa kalau pengusaha guna tanda HALAL PALSU..

    0

    0
  33. nara mata juling says:

    nara maap cakaplah kan…muka ko dengan buger tu lebih kurang sama je…hahahahhaa

    0

    0
  34. munah senah says:

    kalau dah tahu zaman sekarang ramai suka makanan Korea…orang melayu tunggu apa lagi, grab lah peluang ni untuk buka restoran Korea yg halal. Ni tak…asyik2 org non muslim jer yg berniaga…lepas tu mula lah kan kita yg muslim ni nak pergi makan rasa was2.

    0

    0
  35. Anonymous says:

    smua makanan sbuk je isu halal haram…sedangkan rokok telah dikeluarkan fatwa mengatakan ianya HARAM….tp hisap jugak umpama macam hisap B**i

    0

    0
  36. Anonymous says:

    isu makanan halal dan haram…Fatwa hisap Rokok telah dikeluarkan HARAM.. tp org tetap hisap jugak…sapa yg hisap rokok umpama hisap babi

    0

    0
  37. Anonymous says:

    klu bab makanan ada dna babi pakat2 smua melatah…rasuah makan, aurat dedah, solat tunggal mengumpat dan memfitnah umpama mkn daging manusia hdup2

    0

    0
  38. aisyahambris says:

    dah rasa macam mengidam pulak..adoyaiiii…

    0

    0
  39. NURUL AQIDAH says:

    wah cm sedap je..

    0

    0
  40. eilla says:

    Ye memang daging yang digunakan halal dan cara masakan nya pun halal (tidak bercampur dengan alcohol) tapi mereka masih tidak mendapat sijil halal kerana turut menjual alcohol. So kalo takut makan benda syubhat atau was-was lebih baik elakkan.itu lebih afdal. Allahualam..

    0

    0
  41. […] Kelazatan Korean Burgers Daripada Bulgogi Brothers (104) […]

    0

    0
  42. […] Kelazatan Korean Burgers Daripada Bulgogi Brothers (105) […]

    0

    0
  43. Aisyah says:

    mcm sedap je. teringin nk mkn :p

    0

    0
  44. Ismail says:

    Bulgogi ni halal lah…kalau korang takut sangat nak makan x yah pergi.. senang cita x yah nak buat kecoh pasal halal ke tak… isap rokok pon haram so cammana tu??? Cuba cita sikit… semuanya hipokrit… sorry la… sya pon islam tapi x berfikiran sempit…. kalau tengok harga tu mahal lepastu nak bandingkan harga tu bleh beli 5 burger tepi jln silakan beli… x yah nak kecoh sangat….

    0

    0
  45. pinklady says:

    anyonghaseyo… come on guys.. this thing aaa…. for me very simple, tepuk dada tny selera lah… nk mkn,mkn… xnk mkn, xyah mkn…. no need to be soo hypocrite with some sort of fakta y belum tentu betul n gunakan isu semasa utk hangatkan topic halal ni. okay? :) abg nara ni just share experience dia, kesian diaa… jgn timbulkan hal murah mahal… if u mampu, u mkn… if xmampu, jgn mkn… for me diorg ni ad target market tersendiri, sbb tu bole survive kt malaysia n siap bole come out dgn menu baru…stop judging and lets hidup dgn gembira….xoxo,

    0

    0
  46. MummyAyu says:

    wow…sgt menggoda la…Ayu pernah 2 kali makan kat sini..memang sedap2 side dish dia and my fav…Seoulsik Bulgogi..memang best!! and..harus la nak try burger nie..
    :-)

    0

    0
  47. Poh Huai Bin says:

    I like the Spicy Gwangyang Burger and the Kimchi Burger, especially the first coz it’s so spicy! :)

    Good to see you again Nazuan!

    0

    0
  48. ainee says:

    Kesian mereka yang mash jumud soal halal dan haram. Kenapa tak pandai berfikir sendiri untuk menentukan halal dan haram? Tuang kerja pun gaji haram. Pakai internet pejabat pun haram.

    Abang Nara; apesal laa bulgogi brothers ni takde kat johor. haihhh. sume lidah jawa belaka.

    0

    0
  49. […] Kelazatan Korean Burgers Daripada Bulgogi Brothers (114) […]

    0

    0
  50. […] Kelazatan Korean Burgers Daripada Bulgogi Brothers (115) […]

    0

    0