Kelazatan Ayam KFC White BBQ Crunch Memang Lain Macam Sedapnya

Hiburan

Kelazatan Ayam KFC White BBQ Crunch Memang Lain Macam Sedapnya

Hari Ahad yang lalu, tiba-tiba perasaan ingin makan KFC membuak secara tiba-tiba. Tanpa disedari, tup-tup diri ini dah terpacak di hadapan pintu masuk KFC USJ 20.

KFC White BBQ Crunch

Advertisement

Ketika sedang beratur dengan penuh sopan, mata ini terlihat sesuatu yang cukup menarik pada menu yang terpampang di belakang kaunter KFC.

KFC White BBQ Crunch

Fuh apa benda pula KFC White BBQ Crunch nie? Tengok gambar nampak macam lazat sangat-sangat. KFC sememangnya tidak pernah mengecewakan setiap kali mengeluarkan hidangan baru mereka, Semuanya laku keras! Dipenuhi dengan rasa ingin tahu, kami terus membuat pesanan ayam terbaru KFC ini.

KFC White BBQ Crunch

Untuk makluman, KFC White BBQ Crunch ini boleh dinikmati dalam 3 pilihan iaitu kombo 2 ketul ayam (RM15.90) atau kombo 3 ketul ayam ( RM20.30) yang hadir dengan 1 kentang putar, coleslaw dan 1 minuman Pepsi. Selain itu, hidangan terbaru ini juga boleh dinikmati di dalam set Box Meal pada harga RM20.30 dengan seketul ayam KFC White BBQ Crunch beserta dengan Zinger Burger, sayur coleslaw, kentang goreng dan minuman. Tepuk dada, tanyalah selera. Pilih je mana-mana yang sesuai dengan citarasa anda.

KFC White BBQ Crunch

Selepas lebih kurang 5 minit menanti, pesanan kami iaitu kombo 3 ketul KFC White BBQ Crunch pun tiba. Sekali pandang, memang terus jatuh cinta dibuatnya.

KFC White BBQ Crunch

Kita “close up” sikit gambar untuk membuatkan anda lebih terliur.

KFC White BBQ Crunch

Tanpa melengahkan masa, kami terus mencuba KFC White BBQ Crunch yang cukup menggiurkan ini.

KFC White BBQ Crunch

Dan sesungguhnya, rasa KFC White BBQ Crunch ini memang membuatkan kami terkesima. Nak cerita dengan lebih mendalam tentang kelazatan ayam terbaru KFC ini memang sukar, namun demi anda, kami senaraikan 3 perkara yang menyebabkan anda WAJIB cuba KFC White BBQ Crunch ini.

Lain macam sedapnya

Dibawakan khas buat masa terhad bersempena perayaan Tahun Baru Cina, KFC White BBQ Crunch ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar mencuba sesuatu yang baru. Hidangan ini menjanjikan sebuah pengalaman makan yang mengasyikkan, unik dan tidak harus dilepaskan. Anda pasti akan berkata “Wow, memang lain macam betul sedap ayam nie” apabila gigitan pertama KFC White BBQ Crunch ini menerjah mulut anda. Sedap tak terkata!

Dua kali ganda sos, dua kali ganda keenakan

Ayam goreng KFC White BBQ Crunch ini sebenarnya dibalut dengan 2 jenis sos iaitu sos pedas manis dan sos barbekue yang berwarna putih, bukan warna coklat atau merah yang lebih dikenali ramai.Apabila kedua-dua sos ini digabungkan, keenakannya meningkat berkali-kali ganda. Senang cakap, gabungan rasa kedua-dua sos ini memberikan satu sensasi baru yang tidak pernah dikecapi sebelum ini. Memang padu!

Rasa salai, pedas, dan rangup

Apabila sos barbekue berwarna putih ni dicurah ke atas ayam goreng KFC Hot & Spicy yang disaluti dengan sos pedas manis istimewa, ia menghasilkan satu gabungan rasa salai, pedas dan rangup. Rasa ini pasti tidak akan dijumpai di dalam hidangan lain di dunia ini. Hanya ada pada KFC White BBQ Crunch sahaja. Sekali dah start makan, memang tak boleh berhenti. 3 ketul ayam habis dalam sekelip mata sahaja. .

KFC White BBQ Crunch

Untuk buat anda lebih tergoda, silalah tengok video di bawah. Leleh betul sos barbeku KFC White BBQ Crunch nie…

Ha, lap sikit air liur yang dah terkeluar kat mulut anda tue. Tengah hari ini terus ajak mak ayah, kawan-kawan atau suami/isteri korang untuk terus ke KFC berhampiran dan mencuba hidangan KFC White BBQ Crunch ini. Confirm berbaloi-baloi punyalah. Boleh check KFC paling dekat di sini. Selamat menjamu selera



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...