Kelayakan Yang Anda Perlu Tahu Untuk Duduk Di Wad Kelas Pertama Hospital Kerajaan

Trending

Kelayakan Yang Anda Perlu Tahu Untuk Duduk Di Wad Kelas Pertama Hospital Kerajaan

Semenjak dua ni ramai pulak pesakit dan pelawat yang demand nak dapatkan perawatan di wad kelas pertama (1st class).

Siap tuduh jururawat pemalas lagi. Hal ni paling kerap berlaku kat hospital kerajaan lah. Dan yang sering menjadi mangsa, adalah jururawat kat wad kelas ketiga dan unit kecemasan.

Advertisement

Rata-rata mereka akan demand nak dapat Kelas Pertama atas alasan dah bayar cukai GST, berketurunan YB dan Dato’ sekian-sekian, artis meletop-letop dan sebagainya.

Yang paling seronok bila mereka ugut,

“Kalau tak dapat wad 1st class, saya mintak pindah ke hospital swasta!”

Mengapa Inginkan Wad Kelas Pertama?

Antara sebab paling popular kenapa mereka nak Kelas Pertama adalah :

1. Mereka bayar cukai GST. Tiada alasan paling agung melainkan alasan “mereka pembayar cukai”.

2. Nak penghawa dingin. Wad biasa panas. Angin luar tiada. Sesak.

3. Wad biasa busuk, kotor, banyak penyakit berjangkit.

4. Makanan tak sedap.

5. Tak nak tandas kongsi

6. Ubat wad biasa terlalu murah, tak berkesan. Ubat wad Kelas Pertama mahal, sebab tu dia berkesan.

7. Tak layak duduk di wad biasa. Sebab salur darah dia mengalir darah YB dan Dato’. Kena duduk di Kelas Pertama.

8. Ada perlindungan insurans.

Tapi tak satu pun yang menilai dari segi kesihatan dan perkembangan penyakit yang diri sendiri alami.

Kelayakan Wad Kelas Pertama

Tapi rata-rata bila ditanya tahu ke tidak syarat dan kelayakan seseorang tu untuk duduk di wad Kelas Pertama, hampir semuanya tak tahu.

Malah, siap marah kita balik bila kita kata mereka ni tak layak duduk atas sebab sekian-sekian. Jom kita tengok balik apa kelayakan pesakit untuk duduk di kelas pertama hospital kerajaan.

1. Stabil

Untuk seseorang pesakit melayakkan diri duduk di wad Kelas Pertama, perkara pertama sekali yang perlu adalah keadaan kesihatan yang stabil.

Stabil yang dimaksudkan ni bukan lah stabil tahap sembuh 100%. Kalau dah sembuh 100%, rasanya tak perlu dah duduk kat hospital pun. Boleh discaj balik rumah dah.

Stabil yang dimaksudkan ni adalah keadaan penyakit dia tu terkawal, tidak dalam keadaan kritikal dan membahayakan nyawa dia sendiri, dalam keadaan sedar (conscious and alert), ADL independent (mampu buat apa-apa tugasan tanpa pertolongan).

Ini adalah kerana, kat wad Kelas Pertama, pesakit akan ditempatkan dalam bilik masing-masing. Bilik ni terletak jauh dan terlindung daripada pandangan luar, termasuk kaunter jururawat.

Yang macam dalam TV tu la. Selalunya bila pesakit nak apa-apa, mereka akan panggil jururawat guna callbell, jadi jururawat tak perlu ada dengan depa 24 jam.

Tapi kalau kot-kot jadi apa-apa kecemasan, jururawat dan doktor tak sempat nak datang (periksa) pesakit sebab bilik terlindung dan jauh.

Kalau kat wad biasa, kita ada satu partition (kubikel) untuk pesakit kritikal dan separa kritikal yang terletak betul-betul dihadapan kaunter jururawat.

Jadi mudah untuk perhati. Mudah la nak datang kalau ada apa-apa kecemasan. Sebab tu wad biasa akan guna konsep open ward (wad terbuka).

Kalau kat ICU, tak perlu cakap la. Satu staf jaga satu pesakit, kadangkala dua pesakit. Lagi mudah nak periksa. Sebab tu dipanggil intensive care unit (ICU), unit rawatan rapi.

Sebab itulah selagi pesakit tu tak stabil, walaupun nampak je macam dah okey, dia tetap tak layak duduk dalam wad Kelas Pertama.

2. Budi bicara

Ada juga satu dua kes pesakit yang tak berapa nak stabil (tapi tak kritikal) dibenarkan duduk di wad 1st class atas budi bicara pakar.

Untuk pengetahuan anda, semua pesakit dalam hospital ni akan dibahagikan mengikut jenis penyakit. Pembahagian ini kita panggil sebagai jabatan / disiplin.

Paling lazim sekali adalah disiplin perubatan (medical), pembedahan (surgical), tulang (orthopaedic), kaji saraf (neurologi), kanak-kanak (paediatric) dan banyak lagi.

Sebagai contoh, pesakit bernama Manap baru je lepas eksiden (kemalangan). Tulang kakinya patah. Dia kena buat pembedahan letak besi dalam tulang dia.

Keadaan dia agak teruk tapi tak kritikal. Dia pun dalam keadaan sedar. Dia dimasukkan ke wad biasa. Tapi Manap tak mahu masuk wad Kelas Ketiga. Dia mintak dimasukkan ke wad Kelas Pertama.

Disebabkan Manap di kemalangan patah tulang kaki, secara automatiknya dia akan dimasukkan ke wad tulang (orthopaedic).

Dan selalunya akan dimasukkan ke wad Kelas Ketiga lepas pembedahan. Manakala wad Kelas Pertama selalunya diletakkan dibawah jabatan perubatan (medical).

Jabatan lain tiada Kelas Pertama. Sesetengah hospital je ade.

Maka pendeknya, si Manap (dari orthopaedic) nak masuk wad Kelas Pertama(medical).

Jadi adalah terletak pada budi bicara doktor pakar orthopaedic dan doktor pakar perubatan untuk bincang dan tentukan boleh ke tidak si Manap ni dimasukkan ke wad Kelas Pertama.

Sebabnya, Manap akan diletakkan dibawah jagaan doktor pakar orthopaedic walaupun dia duduk di wad medical (1st class).

Kalau katakan apa-apa terjadi kat Manap, doktor pakar orthopaedic dengan pasukan dia yang kena uruskan. Doktor pakar perubatan cuma bagi tumpang je. Ha, begitulah pendeknya.

Perkara ni sama jugak dengan pesakit yang duduk di wad perubatan biasa nak masuk Kelas Pertama (medical).

Terpulang pada doktor pakar perubatan tu untuk benarkan ke tidak. Sebab kalau apa-apa jadi, dia yang kena bertanggungjawab.

3. Kekosongan wad Kelas Pertama

Satu perkara penting yang perlu kita tahu.

Walau macam mana sekalipun kita desak untuk masuk wad Kelas Pertama, sama ada panggil wakil rakyat sekian-sekian ke, atau buat surat rungutan kat pengarah hospital ke, atau ugut nak pi hospital swasta ke, selagi tak ada kekosongan katil kat wad itu, jangan harap nak dapat.

Katil kat wad Kelas Pertama tu terhad. Kalau dah penuh, paksa macam mana sekali pun tak kan dapat jugak. Dah penuh.

Tak kan nak masuk Kelas Pertama lepas tu bentang toto kat lantai je kot? Tak kan nak tendang pesakit lain keluar dari wad Kelas Pertama semata-mata demi anda? Mereka pun ada hak jugak kan.

4. Jika mampu

Seperti yang kita tahu, wad Kelas Pertama yang lengkap dengan aircond, sinki sendiri, almari / laci sendiri, meja sendiri, tandas sendiri, makanan mewah boleh demand, servis boleh demand, semuanya menggunakan kos yang tinggi.

Jadi dengan kos yang tinggi, maka bayaran pun tinggi. Adil la kan. Benda nak mahal, bayar mahal la.

Maka, harga untuk menginap kat Kelas Pertama berbeza dengan wad biasa.

Jangan terkejut kalau harga wad Kelas Pertama satu katil sebilik berhawa dingin boleh cecah 26 kali ganda lebih mahal daripada wad Kelas Ketiga, dengan 2,667% peningkatan.

Harga kini untuk satu katil sebilik berhawa dingin adalah RM80/hari, dibandingkan dengan RM3/hari bagi wad biasa.

Pada sesetengah orang, mungkin murah je RM80 tu. Celah gigi pun boleh lepas. Tapi kalau dah duduk wad seminggu, dah RM560. Tu baru caj penginapan, belum caj rawatan, prosedur, ujian dan lain-lain.

Ceritanya, kalau mampu, apply. Kalau tak mampu, duduk wad Kelas Ketiga pun boleh sembuh. Jangan asyik minta wad Kelas Pertama dengan lagaknya.

Lepas seminggu balik ke wad Kelas Ketiga balik sebab tak cukup duit. Membazir.

Lagipun, sebelum pergi wad Kelas Pertama, kena duduk wad Kelas Ketiga dulu untuk pemerhatian. Kalau nak minta wad Kelas Pertama, kena bayar habis dulu bil tertunggak kat wad Kelas Ketiga tu.

Baru boleh pindah. Kalau tak nanti yang wad Kelas Ketiga pun tak habis bayar, dah nak tambah beban nak duduk di wad Kelas Pertama.

Kalau ada perlindungan insurans sekalipun, baik simpan untuk bayar kos perawatan daripada habiskan semata-mata nak duduk bilik ber-aircond aje. Tak de la membazir.

Jadi, fikir-fikirkan lah yang mana anda nak. Tak halang, tapi tak cadang.

Harap lepas ni, dengan penerangan ala kadar ni, kita semua dapat nilai balik, layak atau tidak kita diberikan servis wad Kelas Pertama di hospital kerajaan.

Kredit : Anwari Hamzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...