Tular baru-baru ini apabila sebuah perkongsian video di Facebook seakan mengundang rasa sebak netizen selepas seorang lelaki yang dikenali sebagai Samuel Lee Wui Phung tampil berkongsi rakaman memaparkan seorang wanita memberi makanan kepada dua orang kanak-kanak.
Menurutnya, teman wanitanya bertindak memesan makanan dari restoran makanan segera KFC di Sabah dan memberikannya kepada kanak-kanak tersebut.
Lebih memilukan, jelas kelihatan mereka yang sedang dalam kelaparan ketika duduk di tepi restoran berkenaan menzahirkan senyuman gembira selepas disapa wanita tersebut.
Perkara itu secara tidak langsung menyentuh hati para netizen lalu sebak mengenangkan nasib insan yang tidak bernasib baik seperti mereka.
Tambahnya lagi, tindakan itu dilakukan susulan sedih melihat kanak-kanak tersebut mengira saki baik wang yang dikeluarkan daripada poket masing-masing.
Rentetan kejadian, rata-rata warganet tampil meninggalkan komen positif dan memuji tindakan murni yang ditonjolkan Samuel dan kekasihnya.