Kerajaan Kelantan memutuskan tidak akan membuka semula panggung wayang di negeri itu untuk mengelakkan daripada berlaku masalah sosial yang tinggi di negeri tersebut.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin.
Katanya, keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membincangkan isu berkenaan secara terperinci.
Walaupun, pihak mereka mengenakan syarat ketat kepada pengusaha panggung wayang namun masih ada ruang terbuka untuk mengundang kepada gejala sosial. Lepas daripada itu, Kerajaan Kelantan sah tutup semua panggung wayang di sana.
Sehubungan dengan itu, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) mencadangkan kerajaan negeri supaya membenarkan pembukaan pawagam patuh syariah di negeri ini selepas operasinya dihentikan kira-kira 30 tahun lalu.
Katanya lagi, pada setiap minggu, rakyat Kelantan akan berpusu-pusu ke negeri Terengganu semata-mata untuk menonton wayang.
Kelantan mempunyai panggung wayang yang terakhir pada tahun 1990 sebelum kerajaan PAS mengambil alih. Setakat ini tiada berlaku masalah walaupun tidak mempunyai panggung wayang.
Pada tahun ini juga Menteri Besar Kelantan letakkan salah satu fokus utama kerajaan negeri untuk kurangkan gejala sosial. Jadi selepas berbincang secara panjang lebar, kerajaan memutuskan tidak mengadakan pawagam di seluruh Kelantan.
Sumber: Malaysiakini