Kelantan disenaraikan sebagai negeri kedua paling selamat di Malaysia susulan negeri itu mencatatkan indeks jenayah pada tangga kedua terendah di seluruh negara.
Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, jenayah indeks adalah kesalahan seperti kekerasan, kes bunuh, merompak, mencuri dan kes rogol.
Jelasnya, kenyataan itu disahkan melalui laporan terkini mengenai kadar jenayah di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan skor 96 per 100,000 penduduk yang mana menjadikan Kelantan negeri kedua paling selamat.
Selain itu, statistik menunjukkan Sabah negeri pertama selamat dengan indeks jenayah sebanyak 95 per 100,000 penduduk.
Jika dilihat laporan tidak banyak perbezaan antara Kelantan dan Sabah. Kita boleh menguar-uarkan hasil daripada kajian indeks sosial ini dan langsung tiada istilah untuk menjadikan ia sebagai bahan politik.
Dalam pada itu, beliau berkata Kelantan mencatatkan bacaan indeks jenayah yang membabitkan penyalahgunaan dadah yang agak tinggi, justeru itu pelbagai usaha dijalankan untuk mengatasi masalah terbabit.
Kerajaan dari semasa ke semasa mengambil pelbagai inisiatif seperti menubuhkan unit dakwah halaqah, mewujudkan enakmen kawalan hiburan, , menutup kedai judi dan mengawal penjualan.
Kita juga melakukan pengubahsuaian terhadap budaya rakyat Kelantan yang bertentangan Islam, sebagai contoh membabitkan persembahan Makyong, wayang kulit dan lain-lain.
Semua ini antara bukti tahap pencapaian kerajaan negeri dalam penghayatan Membangun Bersama Islam.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.