Kelantan Benar Solat Jumaat & Fardu Mulai Hari Ini

Trending

Kelantan Benar Solat Jumaat & Fardu Mulai Hari Ini

Menurut sumber daripada BERNAMA, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan pelaksanaan solat jumaat dan solat fardu lima waktu di seluruh masjid negeri, bandar, jajahan, mukim serta surau berkuatkuasa mulai hari ini.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran pelaksanaan solat berkenaan dalam tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara itu bagaimanapun hanya dibenarkan kepada jemaah yang terdiri daripada kakitangan masjid dan jemaah terpilih sahaja.

Advertisement

3 bulan lalu

Ada 'Pangkat' Boleh Masuk Solat? Ini Penjelasan Masjid Putra

Seramai 40 jemaah dibenarkan bagi solat fardu Jumaat di seluruh masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim bermula hari ini dan had bilangan yang sama turut dibenarkan bagi pelaksanaan solat fardu lima waktu di masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, surau dan musala.

Menurut beliau, pelaksanaan solat fardu Jumaat dan solat fardu lima waktu berkenaan turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggung Kelantan berkata kakitangan masjid dan para jemaah yang hadir untuk solat wajib menerima dos lengkap suntikan vaksin.

Advertisement

Menurut Tengku Mohamad Rizam, penerima vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac wajib melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua sebelum dibenarkan solat di masjid, surau dan musala.

Manakala bagi penerima vaksin satu dos suntikan Johnson & Johnson dan CanSino, mereka perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan selain kakitangan masjid dan para jemaah yang hadir diwajibkan memakai pelitup muka serta digalakkan memakai dua lapis pelitup muka.

Tambah beliau lagi, masa aktiviti di masjid, surau dan musala juga perlu disingkatkan untuk aktiviti yang wajib sahaja iaitu satu jam sebelum solat Jumaat dan 30 minit bagi solat fardu.

“Pengurusan masjid, surau dan musala hendaklah membuat penandaan antara jemaah dengan jarak sekurang-kurangnya dua meter selain membuka semua pintu, tingkap dan kipas bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik dan selamat,” kata Tengku Mohamad Rizam

Kelantan benarkan solat jumaat dan fardu di masjid

Gambar Hiasan – Sumber Google

Beliau menambah lagi, tiada perkumpulan dibenarkan selepas selesai aktiviti di masjid selain semua aktiviti lain seperti kuliah, tadarus dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

Pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini dan tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...