Melalui laporan BERNAMA, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin negeri Kelantan berpotensi besar untuk menjadi pengeluar utama bawang tempatan menjelang tahun hadapan.
Memetik kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, beliau menyatakan dengan yakin bahawa Kelantan mempunyai tahap kesuburan tanah yang sesuai untuk penanaman bawang.
Proses penanaman bawang ini telahpun dijalankan di Bachok, Kelantan dan terbukti hasilnya amatlah memberansangkan. Untuk pengetahuan umum, proses ini menggunakan varieti BAW1 dan BAW2.
RM6 Juta Untuk Ladang Bawang
KPKM juga telah meluluskan projek tanaman bawang ini dimana ia dilaksanakan di Selangor, Perak dan Kelantan dengan peruntukan RM6 juta. Untuk Kelantan sahaja, 52 petani terbabit meliputi kawasan 26.85 hektar.
“Mengenai kos pengeluaran, kita masih belum mempunyai angka yang tepat. Ada yang menggunakan kaedah rumah hijau dan kosnya agak tinggi. Secara keseluruhan, kerajaan belum memuktamadkan berapakah kos pengeluaran untuk satu tan bawang tempatan.”
“Kos juga berbeza mengikut kaedah sama ada ditanam secara terbuka atau dalam rumah hijau. Namun begitu, kita melihat bahawa jurang harga dengan bawang import tidaklah terlalu jauh,” – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Nampaknya lepas ni orang kita boleh harap bawang kampung sendiri tak perlu terlalu bergantung pada bawang luar negara dan rakyat tempatan pun dapatlah merasa hasil bumi sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Rafizi Nafi Kaitkan Serangan Anak Dengan Ismail Sabri & KJ – “Ini Cubaan Jahat Alihkan Perhatian”