Selepas menunaikan ibadah sunat tarawih pada bulan puasa anda semua pasti akan berasa lapar dan juga haus.
Ramai peniaga-peniaga yang membuka kedai pada waktu malam demi memudahkan pembeli membeli makanan sahur dan singgah makan selepas solat tarawih.
Misalnya di Kelantan, sudah menjadi tradisi penduduk mereka akan makan makanan ringan selepas bertarawih dengan menu yang hanya akan ada pada bulan puasa iaitu ‘colek’.
Semalam, satu arahan telah dikeluarkan di negeri Kelantan mengarahkan semua pengusaha kedai makan dan restoran negeri itu untuk menghentikan sementara operasi dari jam 8.30 hingga 10 malam sepanjang Ramadhan, berkuat kuasa serta merta.
Dipetik dari Berita Harian, arahan itu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri kepada semua ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui surat ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Adnan Hussin, semalam.
Ini kerana bagi menghormati Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid atau surau.
Ketua pengurusan PBT diminta mengeluarkan arahan berkenaan kepada semua pengusaha kedai makan dan restoran di kawasan masing-masing.
Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melalui satu kenyataan dalam Facebook berharap arahan itu ditarik balik.
Saya ditunjukkan surat arahan ini selepas solat tarawih, tadi (malam tadi). Selepas sahkan kebenarannya, saya berharap dan berdoa agar arahan ini ditarik balik.
Pada bulan penuh kelebihan ini, umat Islam digalak menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah al Rasul.
Barang siapa yang diharamkan oleh Allah dengan keberkatan dan kelebihan pada bulan Ramadan, maka sesungguhnya dia telah diharamkan daripada segala kebaikan.
Rata-rata netizen di dalam laman sosial yang berkongsi surat tersebut tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri mereka.
Apa pendapat anda sebagai penduduk di Kelantan?