Gara-gara penampilan ketika menghadiri konsert Dua Lipa dikecam, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisah memilih untuk menyekat akaun netizen yang disifatkan sebagai tidak bermanfaat.
Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin berkata, tindakan itu dilakukan kerana mereka bukanlah peminat sejatinya sebaliknya hanya hadir untuk mencari kesalahan selain melemparkan komen negatif.
Kelakarlah, yang tinggalkan komen negatif dekat hantaran terakhir saya bukannya pengikut saya pun!
Kamu semua ke sini hanya untuk tinggalkan komen yang tak diminta?
Kamu semua tak peduli tentang saya dan apa yang saya lakukan. Pelik betul. Sudah sekat!
Perkara itu telah dikongsikan menerusi Instagram Story milik penyanyi itu.
Walaupun dihujani kritikan dan kecaman daripada netizen, penyanyi itu dilihat tidak terkesan dengan komen negatif dilemparkan.