Kalau sebelum ini wujud seller yang menjual ‘pahala’ di platform e-commerce Indonesia, kali ini buyer pula yang menjadi bualan kerana membeli barangan yang tidak pernah dibeli orang ramai secara atas talian.
Menerusi hantaran di TikTok, seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar kurier, @KurirEwon telah berkongsi satu barangan ‘rare‘ yang dibeli seseorang secara atas talian.
Rakaman itu meraih perhatian ramai pengguna TikTok dan ‘bikin merinding’ apabila penerima tersebut rupa-rupanya telah membeli sebuah keranda.
Video itu memaparkan beberapa individu sedang mengusung keranda yang dibaluti plastik berserta pelekat ‘fragile’ sebelum diletakkan atas lantai di ruang hub kurier.
Hantaran TikTok tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di negara itu di mana rata-ratanya merupakan komen berseloroh.
Beberapa individu dilihat berseloroh dengan bertanya sama ada keranda tersebut lengkap dengan ‘isi dalam’ (jenazah) sekali.
Segelintir netizen pula mengatakan mungkin yang membeli keranda tersebut adalah pihak daripada rukun tetangga kerana keranda yang sedia ada sudah tidak boleh digunakan lagi.
Dah ada review ke belum daripada pengguna (jenazah)?