[Kelakar] Aksi Unik Seorang Bapa Yang Menjemput Anaknya Pulang Dari Sekolah (Video)

Trending

[Kelakar] Aksi Unik Seorang Bapa Yang Menjemput Anaknya Pulang Dari Sekolah (Video)

Kebanyakan kanak-kanak yang bersekolah akan menggunakan perkhidmatan bas bagi tujuan mengambil mereka ke sekolah dan juga membawa pulang ke rumah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal jauh dari kawasan sekolah. Namun terdapat juga segelintir di antara mereka yang dihantar dan dijemput oleh ibu mahupun bapa mereka sendiri.

Advertisement

Begitu juga bagi Jack Beadles yang tinggal di Oklahoma, Amerika Syarikat. Namun pada satu hari, bapanya telah keluar untuk menjemputnya pulang dari sekolah dengan satu teknik yang boleh dikatakan akan kekal di dalam ingatan Jack seumur hidup. Teknik bapanya itu telah mencuit hati pelbagai pihak termasuk rakan kelas dan kakitangan sekolah. Jom tengok apa yang mencuit sangat tu dalam video di bawah….

Seperti dapat dilihat di dalam video di atas, bapa Jack telah berpakaian renang ketika datang menjemput beliau pulang dari sekolah. Bukan itu sahaja, bapanya juga telah menjerit nama Jack dengan kuat sekali seolah-olah mahu memberitahu semua orang bahawa dia adalah bapa Jack.

Bagi kita yang tinggal di Malaysia, admin rasakan aksi sebegini tidak bersesuaian. Tapi mungkin kita boleh meniru dengan satu aksi unik lain yang dapat menghiburkan hati…

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...