Kelab Peminat Zarulians Kecewa Zarul Umbrella Tidak Hargai Mereka

Hiburan

Kelab Peminat Zarulians Kecewa Zarul Umbrella Tidak Hargai Mereka

Gegar Vaganza 3 telah melabuhkan tirainya pada minggu lepas tetapi masih ada lagi berita ataupun kontroversi melanda pesertanya. Kali ini, pemenang tempat ketiga program realiti berkenaan, Zarul Umbrella didakwa tidak menghargai ahli kelab peminatnya, Zarulians yang selama ini banyak memberikan sokongan sepanjang program GV3 berlangsung.

Advertisement

Ada yang mendakwa, Zarul tidak begitu mesra dengan peminat dan mengabaikan mereka. Apa yang membuatkan mereka berkecil hati ialah sikap Zarul yang melebih-lebihkan rakan beliau daripada MAS (Malaysia Airlines).

Sebelum mula GV cari penyokong tapi bila dah mula GV dia tak layan penyokong dia pun.  Dia lebihkan kepada kawan-kawan dia dari MAS.  Kami rasa macam dapat layanan second class walhal kami juga penyokong dan peminat dia.

Berbeza dengan artis lain yang bertanding mereka keluar cari penyokong tapi Zarul sentiasa ditarik oleh pengurusnya macam peminat dia ni semua penjahat.  Pada malam final itu, ada penyokong jumpa Zarul di luar MBSA minta Zarul tunggu sebab ada penyokong dari Singapura nak bagi hadiah, dia cakap okay tapi lepas tu dia tutup tingkap dan belah macam itu ajer.

Malah, Zarulians juga tidak mendapat undangan untuk sama-sama memeriahkan majlis sambutan hari jadi Zarul baru-baru ini.

Banyak la perkara yang Zarul buat kami kecil hati.  Dia last jumpa kami masa konsert kedua sahaja lepas tu tak jumpa langsung.  Kami lapan orang penyokong yang dapat tiket dan ada penyokong yang beli tiket.  Highflyers lebih dari 10 orang yang pergi masa final.  Prop semua kami yang sponsor cuma final je kami tak buat apa-apa sebab tak ada apa-apa cadangan dari admin.  Dah la peminat terbahagi dua.

Kami Zarulians dipulaukan.  Masa sambutan birthday Zarul tak ada Zarulians pun.  Itu semua staff MAS sahaja.  Kami rasa sangat sedih.

Tujuan mereka meluahkan semua perkara ini sebenarnya bukan untuk memalukan Zarul tetapi sekadar ingin memberitahu apa yang ada didalam isi hati mereka.

Kita tidak tahu apa yang terjadi, tetapi tidak mustahil ada timbul sedikit salah faham. Apa-apa pun, sebagai artis peminat adalah nombor satu. Sokongan peminat adalah penentu kerjaya artis itu juga.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...