Kekurangan Pelajar Aliran Sains, Benarkah Usaha Malaysia Capai Status Negara Maju Terjejas?

Trending

Kekurangan Pelajar Aliran Sains, Benarkah Usaha Malaysia Capai Status Negara Maju Terjejas?

Malaysia bakal berdepan masalah kekurangan pelajar aliran sains yang serius, mampu menjejaskan usaha mencapai status negara maju.

Advertisement

Memetik kenyataan Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali, ketika ini terdapat hanya 90,000 pelajar aliran sains yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jauh kurang berbanding 270,000 yang diperlukan setiap tahun.

Kekurangan itu boleh mengakibatkan jumlah ahli sains yang tidak mencukupi di negara ini.

“Bagi menggerakkan negara ini ke depan, kita memerlukan lebih ramai ahli sains dan jurutera yang lahir daripada mata pelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik),”

Punca kepada jumlah yang rendah itu adalah kurangnya minat pelajar mengambil mata pelajaran STEM, terutama dari luar bandar.

Oleh sebab itu, kementerian-kementerian yang berkaitan dalam usaha bekerjasama erat untuk mengambil langkah mengatasi masalah ini.

Sumber : astro awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...